Search This Blog

Wednesday, July 31, 2013

NEW VILLAGE-DI SEBALIK PLOT


  1. New Village (NV) adalah sebenarnya filem periodik yang menarik pembikinan. Malah, saya yakin inilah kali pertama Perkampungan Baru Cina diangkat ke layar perak. Jika dalam bentuk drama, telah ada beberapa drama yang bertemakan kampung baru Cina.
  2. New Village dibuat bukan untuk keseluruhan rakyat Malaysia. Filem ini lebih menumpukan kepada pasaran masyarakat Cina khususnya di Malaysia. Dalam erti kata lain, filem ini bukan filem Malaysia. Bukan filem untuk rakyat Malaysia. 
  3. Yang menghairankan, filem ini dibuat di Malaysia. Ditulis di Malaysia. Pelakonnya semua rakyat Malaysia. Pengarah dan hampir semua tenaga produksinya adalah rakyat Malaysia.
  4. Fakta yang salah adalah amalan biasa dalam sesebuah filem careka. Kalau kita menonton Merong Mahawangsa,(MM) hampir semua faktanya salah. Namun MM tidak menyentuh isu sensitif perkauman di mana-mana negara.
  5. Berbeza dengan NV, faktanya yang diplotkan seperti sengaja disalahkan. Malah, kesalahan pula seperti diperbesarkan supaya boleh mempengaruhi pemikiran kaum-kaum tertentu. Alasan dan sebab hanya pembikin filem tersebut yang tahu.
  6. Perkara yang paling salah adalah latarbelakang polarisasi kaum di Tanah Melayu pada tahun 1946. Semuanya Cina. Malah Askar Melayu juga berbahasa Mandarin. 
  7. Askar Melayu pula digambarkan sebagai barua penjajah yang menyiksa kaum Cina. Bukan sekadar siksaan, malah hampir melakukan penghapusan etnik. Mesti ada sebab untuk babak demi babak ini dipapar dan diulang berkali-kali.
  8. Saya memang percaya dengan sumbangan kaum Cina dalam kemerdekaan Tanah Melayu. Sumbangan MPAJA dalam menghalau Jepun daripada Tanah Melayu. Menembak mati Residen Inggeris di Selangor. Bekerjasama dalam Perikatan. Dan sebagainya.
  9. Namun perjuangan dan sumbangan hanya signifikan di atas platform yang tepat. Komunis ditolak di Malaysia. Malah Komunis adalah musuh utama mana-mana agama. Apalagi Islam. Mengangkat Komunis sebagai wira adalah penderhakaan kepada mana-mana agama. Apalagi Islam, agama yang maha suci dan maha benar.
  10. Kita kena tanya diri kita, mengapa tiba-tiba sekarang masyarakat Cina mahu mengangkat Komunis sebagai hero mereka? Mungkinkah kerana mereka membenci agama? Atau mungkin kerana mereka mahu anggap Malaysia ini hak mutlak mereka? Atau kerana mereka mahu mencabar sesiapa? Atau kerana mereka sudah bosan hidup di bumi kita? Fikirkanlah...ADIOSSSS

No comments: