Search This Blog

Tuesday, July 30, 2013

NEW VILLAGE - APA PERANAN LPF?


  1. Bagi semua filem samaada filem tempatan atau luar negara hendaklah mendapat kelulusan daripada LPF terlebih dahulu sebelum diedar atau ditayangkan kepada umum. Setiap filem yang ditontontapis oleh LPF dan  didapati sesuai ditayangkan akan dikeluarkan Perakuan Penapisan (Perakuan ‘A’) dalam tempoh 3 minggu.
  2. Untuk tujuan penapisan, setiap syarikat filem perlu menghantar borang permohonan yang lengkap berserta filem penuh dan permit membuat filem.
  3. Permit membuat filem juga dikeluarkan oleh LPF. Maka, secara mudahnya LPF mempunyai kuasa penuh menentukan halatuju sesebuah filem di Malaysia.
  4. LPF pula diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri, iaitu sebuah kementerian yang diberi amanah menjaga dan menentukan arahtuju keamanan negara. Segala bentuk propaganda akan dikawal di KDN. 
  5. Berbeza dengan FINAS iaitu gabungan Filem Negara Malaysia dan FINAS sendiri. FINAS merupakan agensi yang dimanahkan untuk membangunkan industri filem tempatan.
  6. Maka tugas utama FINAS lebih kepada usaha menyediakan dana perfileman, infrastruktur perfileman, keadilan dalam sistem tayangan filem, menjaga kebajikan pekerja industri perfileman, dan memastikan industri perfileman berkembang dari semasa ke semasa.
  7. Dalam erti kata lain, FINAS ibarat MARA kepada usahawan Bumiputera. Agensi yang hanya mahu industri berkembang, bukan mengawal rupabentuk industri.
  8. Kawalan kepada industri perfileman ini datangnya khusus daripada LFP. Tidak ada agensi lain yang terlibat secara lansung.
  9. Menghairankan, apabila isu ini timbul, LPF hanya berdiam diri. Lebih menghairankan KP FINAS yang terpaksa menjawab. Kerana itu, saya percaya rakyat pasti mengesaki LPF mempunyai agenda yang tersembunyi. Atau mungkin LPF sebahagian dari penyokong filem yang bersifat begini?
  10. Rakyat sudah muak dengan kelalaian dan kealpaan LPF. LPF perlu dirombak sepenuhnya. Jika LPF gagal melaksanakan tugas, lakukan sahaja rombakan sepenuhnya secara keseluruhan. Rakyat pasti menyokong usaha yang murni dari Kerajaan. ADIOSSSS

No comments: