Search This Blog

Monday, July 29, 2013

NEW VILLAGE - GAMBARAN PERJUANGAN CINA MALAYSIA


  1. Semua kecoh apabila filen perjuangan komunis yang bertajuk New Village lulus tayangan 100% oleh LPF. Sedangkan filem perjuangan sebenar yang bertajuk Tanda Putra tertangguh dan terus tertangguh.
  2. Rakyat mula bangkit dan menentang kerajaan. Apabila kerajaan meluluskan tayangan New Village, nampak sangat kerajaan BN terlalu menjaga hati kaum Cina. Maka, rakyat termasuk saya mula muak dengan sikap pengikut yang semakin menebal dalam jiwa pemimpin-pemimpin BN yang saya beri kepercayaan ini.
  3. New Village belum pun ditonton oleh saya. Namun, saya yakin kaun Cina mahu mengangkat wira-wira komunis Cina dalam jiwa rakyat Malaysia.
  4. Saya percaya pembikin filem tersebut hanya akan menunjukkan yang baik untuk menggambarkan Cina Komunis sebagai hero terulung di Malaysia. Itu hakikat sebenar filem. Mewujudkan propaganda dan kepercayaan baru di kalangan rakyat Malaysia.
  5. Saya juga yakin, sasaran penonton New Village adalah kaum Cina sendiri. Lantas, mengapa filem itu dibuat? Sebabnya mudah untuk menebalkan perasaan Kecinaan di kalangan Cina di Malaysia.
  6. Cina mahu Cina Komunis dianggap pejuang di Malaysia. Itu sahaja perjuangan kaum Cina yang pernah wujud. Selain itu, kaum Cina hanya terkenal sebagai ahli perniagaan yang mengejar kekayaan dengan apa cara sekalipun.
  7. Apabila ramai Melayu dan India mula menjadi kaya di atas kebijaksanaan pemerintah, Cina mula bimbang kaum mereka tidak mampu lagi membangkitkan sebarang impak di Malaysia. Mereka risau menjadi penumpang yang membebankan tanpa sebarang jasa dan sumbangan.
  8. Pada Melayu, komunis adalah malapetaka penuh celaka. Komunis membakar beberapa buah surau di Perak. Itu fakta di Muzium tempat Birch di bunuh. Komunis menyiksa Melayu sebaik sahaja Jepun menyerah kalah. Itu fakta. Datuk dan nenek kita tidak putus-putus bercerita perkara tersebut.
  9. Pada Cina, mungkin membakar surau, masjid, membunuh Melayu dan pelbagai kekejaman itu dianggap wira. Betul jika diukur dari sudut pandang kepentingan bangsa Cina itu sendiri. Namun amat salah jika diukur daripada sudut pandang Malaysia.
  10. Wira negara bukanlah diukur berdasarkan berdasarkan wira bangsa. Jika olahan dan garapan cantik dan menarik, tidak mustahil New Village mampu mengangkat komunis sebagai hero bangsa Cina dan seterusnya lambang hero Malaysia. Tangguh sahaja tidak memadai!!!!!
Next : New Village : Mungkinkah LPF dibeli?

No comments: