Search This Blog

Monday, August 5, 2013

DUA HARI MENJELANG AIDILFITRI


  1. Hari ini 28 Ramadan bersamaan 6 Ogos 2013. Pejabat dah hampir kosong. Tinggal pegawai-pegawai kanan sahaja yang masih menyelesaikan beberapa kerja penting organisasi.
  2. Satu Putrajaya terasa sepi.
  3. Jalanraya lengang dengan kenderaan. Teringat jalanraya masa zaman 70an dulu.
  4. Masa perjalanan pun menjadi pendek. Dari Seremban ke Putrajaya hanya mengambil masa tidak sampai 50 minit.
  5. Aircond pejabat punyalah sejuk. Maklumlah pejabat begitu lengang.
  6. Pelanggan kalau ada pun satu dua orang sehari. Itupun datang atas urusan yang mendesak.
  7. Hampir semua anggota organisasi dah bermaaf-maafan. Sebahagian besar sudah berada di kampung halaman.
  8. Masa ini, kenangan menjadi pegawai biasa cukup indah. Masa hari raya lupa segala-galanya. yang aku ingat bawa ibubapa jalan satu Perak atau Negeri Sembilan. Jumpa semua saudara mara.
  9. Bila umur semakin tuan, pangkat semakin besar, hari raya jadi semakin kecil.
  10. SELAMAT HARI RAYA SEMUA YANG PERNAH MENGENALI SAYA. MAAF ZAHIR BATIN.

No comments: