Search This Blog

Wednesday, August 14, 2013

MALAYSIA - SELEPAS AIDILFITRI


  1. Kebanyakkan daripada kita memang amat gembira untuk menyambut hari raya. Masa 29 hari berpuasa pada tahun ini terasa amat laju bergerak. Terasa seperti hari raya datang secara tiba-tiba.
  2. Ramai orang yang menyambut hari raya dengan cara yang berbeza-beza. Namun, aku sambut raya dengan cara yang disyorkan oleh Ustaz di surau pada malam terakhir terawikh.
  3. Bila konfem sahaja raya, aku dan ketiga-tiga anak lelaki aku terus ke surau. Selepas solat Isyak, kami ramai-ramai takbir hampir satu jam. Terasa raya meresap masuk ke jiwa.
  4. Kemudian, malam tersebut juga ada 4 orang jiran yang jemput datang ke rumah. Bertakbir dan kemudian dihidangkan dengan jamuan. Terasa satu taman macam Islam semua.
  5. Majlis selesai dalam jam 11.30 malam. Kami semua balik rumah. Tolong isteri buat persediaan akhir untuk pagi raya.
  6. Bangun pagi, semua mandi sunat. Selepas sarapan, kami semua ke Masjid India Muslim. Jarang sekali aku sembahyang Jumaat atau raya di Masjid Melayu sekarang. Maklumlah, masjid India hanya 100 meter dari rumah.
  7. Cara sembahyangnya lain. Hukum sembahyang pun lain. Mazhab Maliki ini solat aidilfitri wajid. Maka niatnya pun lain.
  8. Rakaat pertama hanya ada 3 takbir sebelum Fatihah. Rakaat kedua pun ada 3 takbir tetapi selepas ayat lazim atau sebelum rukuk.
  9. Maka, ramailah makmum yang silap dalam rakaat kedua. Masa takbir pertama, terus rukuk. Padahal ada 4 takbir. Selepas takbir keempat baru boleh rukuk.
  10. Selepas khutbah mesti ada jamuan. Lepas tu sesi bersalam dengan hampir semua jemaah. Dalam jam 10.00 pagi baru selesai. Terus balik rumah....(Bersambung....)

No comments: