Search This Blog

Tuesday, August 27, 2013

MALAYSIA : SELEPAS AIDILFITRI 10


  1. Sebenarnya raya akan tamat pada 6 September. Tapi berdasarkan momentum sambutan, rasa macam rakyat Malaysia nak sambut hari raya sepanjang tahun sahaja.
  2. Masa bulan raya ini ramai yang melakukan ibadah Puasa Sunat 6 hari. Termasuklah isteri aku.
  3. Isteri aku ada mengajak aku dan anak bongsu aku turut sama berpuasa. Awal-awal lagi aku kata terima kasih.
  4. Bukan apa, puasa wajib 29 hari pun rasa susah sangat nak habis. Nak tambah 6 hari lagi rasa macam tak sanggup sahaja. Namun, tahun depan aku tekad untuk mencuba.
  5. Masa bersahur aku akan temankan isteri aku. Anak bongsu aku tak bangun langsung. Kami berdua sahaja. Selalu aku terus makan sampai waktu subuh.
  6. Kemudian isteri aku akan terus berpuasa. Aku pula akan terus bersarapan di pejabat, makan tengahari dan minum dua tiga kali sebelum jam 3 petang.
  7. Mulai jam 3 aku dah tak minum, makan dan merokok. Saja je aku nak dapatkan feel berpuasa. Sebenarnya feel berbuka.
  8. Isteri aku tahu. Malah aku akan beritahu isteri aku. Saja je aku nak teman isteri aku berbuka. Maklumlah, berbuka ni kalau ramai baru sedap.
  9. Selalu aku sampai rumah dekat jam 7 malam. Aku akan bantu isteri aku sediakan semua juadah. Aku buat macam berbuka ramadan. Ada kurma, buah, air dan macam-macam. Selalunya ada hampir 7 jenis juadah.
  10. Azan je kamipun berbuka. Sebenarnya isteri aku je yang berbuka. Aku dan anak bongsu aku makan malam. Rasanya wujudlah juga situasi berpuasa. Lagi sehari maka habislah puasa 6 isteri aku. Maka, situasi makan malam pun baliklah seperti sediakala.
Bersambung.......jika rajin la kot

No comments: