Search This Blog

Monday, August 26, 2013

MALAYSIA : SELEPAS AIDILFITRI 9


  1. Rumah terbuka terakhir yang aku buat adalah untuk rakan-rakan kolej anak aku. Bermula jam 11 pagi sampai jam 5 ptg.
  2. Budak-budak tu suruh aku buat BBQ. Maka aku pun korbankanlah beberapa ekor ayam dan beberapa kilo udang.
  3. Isteri aku tambah pula beberapa menu. Sebab nak rasa mood raya, buat juga nasi impit dengan kuah kacang.
  4. Menu-menu lain seperti mee gorang dan kuih-muih memang dah wajib masa raya. Pencuci mulut dan buah-buahan pula mesti ada.
  5. Yang datang pula punyalah ramai. Pada masa yang sama ada pula 2 buah rumah terbuka penduduk taman yang aku dan isteri kena pergi. 
  6. Tapi bebudak kolej ini mudah. Mereka yang bakar sendiri semua ayam dan udang yang disediakan. Mudahlah bagi aku dan isteri aku ke rumah terbuka penduduk taman.
  7. Ada juga rakan penduduk yang lalu dan singgah ke rumah aku. Join sekali kawan-kawan anak aku. Nampak macam meriah sangat.
  8. Sambil menjamu selera ada sekumpulan yang sibuk layan X-Box. Main game macam-macam. Remaja sekarang dengan game memang tidak boleh dipisahkan.
  9. Kerusi, meja dan khemah tambahan aku pinjam dari jiran Tionghua belakang rumah. Nasib baik aku ni jenis yang ramah dengan jiran. Jimat satu perkara.
  10. Yang bagusnya bebudak tu kemas sendiri bila majlis selesai. Sebelum balik semua bersih. Siap hantar balik kerusi, meja dan khemah tu kepada jiran belakang. Lega...terima kasih semua.
Bersambung......

No comments: