Search This Blog

Sunday, August 18, 2013

MALAYSIA : SELEPAS AIDILFITRI 3


  1. Sampai kampung dah petang. Letih memandu bagai nak gila. Tapi aku nasihatkan kepada semua, tahun depan kita guna jalan lama balik utara. Biar kurang sesak sikit lebuhraya.
  2. Malam. Apa nak buat. Makan dan borak lebih kurang kemudia tidur.
  3. Bangun pagi terus ke kubur. Lepas tu akan akan ziarah guru Al-Quran dan fardu ain aku. Selalunya aku borak satu jam dengan guru aku tu.
  4. Guru aku tu ajar aku dari mengeja, membaca, tajwid dan sikit tarranum. Sampai sekarang dia masih ajar mengaji. umur dah lebih 70. Mesti banyak pahala tu.
  5. Lepas tu pergi rumah mak dan bapa saudara. Habis jalan raya. Makan jangan la kira banyaknya.
  6. Raya ke-3 aku jadi ketua rombongan meminang untuk anak buah lelaki aku. Pasangannya orang Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
  7. Malam aku pastikan semua hantaran disiapkan. Semua orang mesti ada di lokasi jam 11 pagi. Mesti sampai jam 12.30 tengahari.
  8. Semua berjalan seperti dirancang. Masalahnya jalan lancar. Jam 11.45 dah sampai. Kena rehat dulu di depan Muzium Diraja Perak.
  9. Sampai rumah perempuan, bincang dan pantun sikit-sikit. Jam 1.30 selesai. Makan lagi. 
  10. Selesai semua, aku salam dengan semua saudara-mara. Mereka semua nak balik ke kampung. Aku dan keluarga nak ke Cameron Highland.
Bersambung.............

No comments: