Search This Blog

Wednesday, August 14, 2013

MALAYSIA - SELEPAS AIDILFITRI 2


  1. Sampai sahaja di rumah, ada along dan separuh anak buah dah tunggu. Along selalu sembahyang di Masjid Melayu, jadi cepat habis. Hukumnya pun hanya sunat.
  2. Makan dan berborak. Sebenarnya aku plan nak balik perak pada jam 10.15 pagi. Disebabkan ada tetamu, maka kesempatan itu diambil untuk merayakan aidilfitri bersama.
  3. Anak buah pun semua dah besar. Makan dan berbual. Bergambar. Makan lagi dan berbual lagi. Jam 12.00 tengahari semua selesai.
  4. Semua gembira. Maklumlah, kami bukan selalu dapat bersama. Sesekali berjumpa, perlu dua hingga tiga jam untuk habiskan cerita setahun.
  5. Lepas siap semua, kami terus gerak balik ke Perak. Masuk Lebuhraya PLUS. Lancar sahaja jalan dalam tempoh perjalanan sejam pertama.
  6. Kemudian, lebuhraya jem teruk. Dalam 10 km dari Sungkai Langsung tak bergerak.
  7. Kami keluar Sungkai terus ambil jalan lama. Lapang, selapang-lapangnya. Aku rasa pemandu sekarang mesti tak tau nak guna jalan biasa untuk balik kampung.
  8. Sampai Gopeng, baru isteri aku teringat yang dia lupa bawa balik baju raya. Bukan sepasang, semua sekali. Ada la dalam 5 pasang. 
  9. Kami singgah TRC Gopeng. Beli 2 pasang baju raya untuk isteri aku. Tudung pun dua. Nak kena warna sesuai tu baju dengan tudung.
  10. Masalah jalan lama, lampu isyarat. Berlambak-lambak. Sepanjang jalan aku tengok banyak rumah kampung. Ada lima atau enam buah kereta di setiap halaman. Patutlah jem. Rakyat Malaysia semua dah kaya. Syukur Ya Allah. (Bersambung....)

No comments: