Search This Blog

Monday, August 19, 2013

MALAYSIA : SELEPAS AIDILFITRI 4


  1. Lebuhraya lancar. Perjalanan dari Kuala Kangsar ke Simpang Pulai hanya mengambil masa 30 minit. Mungkin ramai dah penah berjalan raya.
  2. Dari Simpang Pulai ke Kampung Raja juga lancar. Lancar sehingga 10 km ke Brincang. Dari situ bermula la sesak yang amat teruk.
  3. Perjalanan 10 km mengambil masa 1 jam 45 minit. Hinggakan booking hotel dibatalkan. Yang tinggal hanya apartment 3 bilik. RM500 semalam.
  4. Nasib baik ada seorang pemuda India menawarkan bantuan. Apartment 2 bilik hanya RM280 semalam. Dapatlah juga kami berehat.
  5. Malam suhu di Cemeron Highland dalam lingkungan 12-16 darjah celsius. Punyalah sejuk. Kami pula tidak membawa baju panas. Kalau keluar, kami hanya pakai baju dua atau tiga lapis.
  6. Apartment amat selesa. Malam pula amat sejuk. Kami kena berehat. Sebab tujuan utama ke sini adalah untuk mendaki Gunung Brincang.
  7. Ini bukan kali pertama kami sekeluarga mendaki Gunung Brincang. Malah mendaki gunung menjadi hobi keluarga kami.
  8. Untuk tahun 2013, sasaran kami adalah satu gunung satu bulan. Namun kesibukkan kerja sering membuatkan sasaran itu tidak tercapai.
  9. Sehingga Ogos 2013, baru 4 gunung yang berjaya kami tawan. Anak-anak pula dua orang dah masuk universiti. Kena tunggu mereka cuti baru aktiviti boleh berjalan.
  10. Malam tersebut semua tidur sebelum jam 11 malam. Esok kena bangun awal. Ditambah dengan suhu yang dingin, pendakian pasti akan jadi lebih menarik.
Bersambung..................

No comments: