Search This Blog

Friday, August 23, 2013

MALAYSIA: SELEPAS AIDILFITRI 5


  1. Bangun pagi suhu dalam 15 darjah celcius je. Sarapan dan terus ke kaki Gunung Brincang. Sekarang ini panjat gunung dah jadi macam kacang kepada kami sekeluarga.
  2. Pendakian ambil masa satu jam sahaja. 6666 kaki tu. Di puncak Gunung Brincang ada satu garisan kuning. Sebelah kanan Perak, sebelah kiri Pahang. 
  3. Selalunya keluarga aku guna garisan itu untuk membuat magik berulang alik antara Perak dan Pahang 100 kali dalam masa 3 minit.
  4. Turun sedikit masuk ke dalam mossy forest. Masuk sampai hujung jalan. Sekejap Perak dan sekejap Pahang. Hutan tersebut dah berjuta tahun. Masuk sekali pasti rasa nak masuk sekali lagi.
  5. Turun ke bawah hanya ambil masa 45 minit. Sekejap sahaja dah sampai kembali ke kereta. Naik semua dan terus cari kedai makan.
  6. Semua kedai makan di Brincang penuh. Terus ke Tanah Rata. Ada sebuah kedai mamak. Makan pastinyalah penuh selera.
  7. Dalam jam 3 petang semua dah balik bilik. Mandi dan solat. Kemudian tidur. Letih mendaki adalah ubat tidur paling mujarab di dunia.
  8. Bangun tido dah jam 6 petang. Keluar shopping sekeluarga. Cuca dalam 18 darjah celsius. Beli apa yang patut.
  9. Malam. Main game golf satu keluarga dengan X-Box. Sampai jam 3 pagi. Lepas tu semua tido.
  10. Bangun je dah jam 10 pagi. Kemas barang dan terus gerak balik rumah. Jalan lancar. Nasib baik. Yang paling aku suka memandu dalam keadaan highway lancar. Terima kasih PLUS.
Bersambung.....

No comments: