Search This Blog

Friday, August 23, 2013

MALAYSIA: SELEPAS AIDILFITRI 6


  1. Aku perlu juga dalam 4 jam untuk memandu dari Tapah sampai ke rumah. Itupun termasuk rehat, makan dan solat di Lebuhraya Guthrie.
  2. Sampai sahaja di rumah masa baru nak masukkan semua barang dah ada dalam 10 orang kanak-kanak nak beraya.
  3. Aku jemput masuk. Suruh makan straberi je. Dalam 10 minit aku terus hulur duit raya.
  4. Malam, rakan-rakan rapat datang. Makan kuih dan buah limau je. Nasib baik tak bawa anak-anak.
  5. Siap pesan malam esok suruh aku buat rumah terbuka untuk rakan-rakan taman.
  6. Aku bincang dengan isteri dan anak nak pilih menu dan buat beberapa persediaan. Semua setuju.
  7. Pagi selepas bangun sahaja terus aku dan isteri ke pasar. Belia apa yang hendak dimasak.
  8. Anak-anak aku suruh keluarkan peti air minuman, pinggan-mangkuk, cawan, tisu dan sebagainya.
  9. Pukul 12 dah mula masak. Aku bantu isteri aku. Anak-anak pula kemas rumah. Dalam mesti nampak luas. Luar rumah mesti jadi macam taman malam ini.
  10. Jam 6 petang semua telah selesai. Kami semua berehat. Tetamu akan datang mulai jam 9 malam. Semua tunggu dan terus tunggu.
Bersambung......

No comments: