- Mula-mula datang adalah geng golf. Hampir semua datang dengan keluarga. Memang betul, golf boleh eratkan hubungan rakan lebih kepada hubungan keluarga.
- Kemudian geng surau. Juga datang dengan keluarga. Surau juga penting dalam menggerakkan komuniti Islam di Malaysia. Malah surau menjadi tempat yang paling strategik untuk mengubahkan cara hidup kepada Islam sebenar.
- Kemudian adalah geng taman yang lain. Di taman aku, aku berkawan dengan semua orang. Pada aku setiap individu ada nilainya yang tersendiri.
- Bila ramai, perjalanan masa pasti tidak akan dirasai. Pantas sahaja berlalu.
- Nasib baik ketiga-tiga anak aku membantu. Semua lelaki. Jadi keperluan tenaga tidak menjadi masalah.
- Yang sulung basuh pinggan mangkuk. Yang kedua layan budak-budak. Yang bongsu layan anak-anak kecil.
- Isteri aku layan semua suri rumah dan anak dara. Makanan kosong segera diganti. Makanan habis ditambah lagi.
- Aku selalu berada di halaman rumah. Borak tentang golf dan hal-hal surau. Kemudian buat penggiliran rumah terbuka untuk seminggu.
- Kat taman aku mudah. Buat cadangan semua terus setuju. Maka beraturlah jadual untuk rumah terbuka di taman sahaja. Sehingga akhir Syawal ada lebih 50 rumah terbuka.
- Jam 12 baru selesai. Sekolah rendah aku bagi duit raya RM2 je. Sekolah menengah RM10. Anak kedua aku yang serahkan kepada semua budak-budak tu. Malam esok saudara mara datang pula. Malam lusa anak murid isteri aku. Akhir sekali, rakan-rakan sekolah anak aku. Bajet kena jaga.
Bersambung.....
No comments:
Post a Comment