Search This Blog

Sunday, August 25, 2013

MALAYSIA : SELEPAS AIDILFITRI 8


  1. Tahun ini aku rasa ada dalam 500 orang datang beraya ke rumah aku. Geng taman, saudara-mara, rakan-rakan anak-anak aku dan ada beberapa kumpulan kanak-kanak yang datang bersendirian.
  2. Aku pulak menghadiri lebih 15 rumah terbuka. Makanan bermacam-macam. Yang pedas dan yang manis bercampur-campur.
  3. Cuma aku rasa tak berapa nak genbira sebab semua orang tua dalam keluarga aku dah meninggal dunia.
  4. Ayah ibu aku dan ayah ibu mertua aku semua sudah pergi dahulu mengadap Allah. Bukan tahun ini tapi dah hampir 8 tahun. 
  5. Kadang-kadang aku kesian kepada anak-anak aku yang dah tidak punya datuk dan nenek. Dah 8 tahun tidak bersalam dengan datuk dan nenek.
  6. Bagi budak-budak lain, balik kampung mengadap datuk dan nenek adalah perkara paling menyeronokkan. Anak aku masa sekolah rendah lagi dah kehilangan semua tu.
  7. Yang ada hanyalah menziarahi pusara datuk dan nenek. Aku latih anak aku melawat kesemua pusara datuk dan nenek setiap tahun.
  8. Sebab itu aku ubah cara sambutan raya. Aku aturkan rumah terbuka beberapa kali. Untuk jiran, keluarga dan rakan anak-anak aku.
  9. Sekurang-kurangnya mereka boleh bangga dengan aku dan ibu mereka. Sekurang-kurangnya mereka tahu, ayah dan ibu mereka amat menyayangi mereka.
  10. Cuma aku kesian melihat isteri aku yang kepenatan setiap kali rumah terbuka tamat. Tapi aku tetap nampak cahaya kepuasan di muka bujur sireh isteri aku setiap kali bila tetamu beransur pergi.
Bersambung.....

No comments: