Search This Blog

Thursday, August 29, 2013

SEMANGAT MERDEKA


  1. Kalau ada orang tanya kita apakah perkara yang paling kita sayang pasti sukar untuk kita memberikan jawapan.
  2. Pertanyaan tersebut juga kurang adil untuk ditanya. Banyak perkara, banyak sudut, dan pelbagai pertimbangan perlu diambilkira sebelum memberikan jawapan.
  3. Lantas soalan yang tepat adalah Apakah anda menyayangi negara ini...MALAYSIA?
  4. Pada aku sayang kepada negara masuk dalam lima perkara utama yang amat aku sayang. Lima perkara tersebut adalah Agama, Bangsa, Negara, Isteri dan Anak-anak.
  5. Setiap kali Merdeka, aku akan berasa amat bertuah dilahirkan di Malaysia. Apalagi sebagai Melayu. Hampir semua keistimewaan dan keindahan Melayu dapat aku kecapi di Malaysia.
  6. Sebagai Melayu, aku juga terus menjadi Islam sejak dilahirkan. Kalau aku bukan Melayu, kebarangkalian untuk aku menjadi Islam di Malaysia mungkin tidak sampai 10%.
  7. Isteriku Melayu. Perempuan Melayu dan mendapat pendidikan di UK. Namun, jiwa Melayu, semangat Melayu, dan lambang Melayu penuh dalam isteri isteriku.
  8. Anak-anakku juga Melayu. Mereka juga Melayu bertuah yang dilahirkan di Malaysia. Dua orang ditaja oleh MARA. Sebuah agensi tunggal yang dibangunkan untuk memartabatkan Melayu di dunia.
  9. Cuma, keistimewaan yang anak-anak aku dapat kurang daripada apa yang aku dapat. Pada aku itu adil, kekurangan itu aku tampung hasil daripada kejayaan Malaysia melahirkan Melayu yang berjaya seperti aku.
  10. Mungkin kejayaan aku tidak besar jika dibandingkan dengan orang lain. Tetapi kalau difikirkan, jika aku bukan Melayu, sukar untuk aku sampai ke tahap ini. Aku amat bangga menjadi Melayu di negara yang amat aku sayangi ini.
Bersambung.....

No comments: