Search This Blog

Sunday, September 1, 2013

SEMANGAT MERDEKA 2


  1. Untuk mengingati tahun kemerdekaan amat mudah buat aku. Aku lahir 10 tahun selepas merdeka. Jika usia aku 46 tahun, maka usia kemerdekaan adalah 56 tahun.
  2. Jika usia kemerdekaan mencecah 65 tahun, maka aku akan bersara. Aku memilih untuk bersara pada usia 55 tahun. Tidak ada pertambahan tempoh perkhidmatan walaupun sehari.
  3. Merdeka pada aku besar ertinya. Bukan setakat meraikan malam ambang merdeka dan menonton perarakan kemerdekaan.
  4. Merdeka pada aku adalah tempoh kematangan sesebuah negara dalam membentuk satu budaya unik dan tersendiri yang menjadi amalan setiap warganegara.
  5. Budaya merdeka sering diperangkap dengan kefahaman sendiri. Politik pula menggunakan takrifan merdeka untuk kepentingan yang tertentu. Akibatnya, semangat merdeka gagal meresap dalam jiwa dan mental rakyat Malaysia.
  6. Membentuk budaya bukan mudah. 56 tahun sebenarnya belum cukup untuk kita menjadi pengamal budaya yang luhur, benar, dan tersendiri.
  7. Kita masih tercari-cari budaya terbaik untuk diamalkan. Dalam masa yang sama, ada pula golongan yang mengambil kesempatan untuk menukar ke budaya yang tidak sepatutnya.
  8. Pada masa budaya mengibarkan dan menyerap semangat Jalur Gemilang mula meresap dan dihayati oleh rakyat Malaysia, ada pula manusia yang mahu menyerapkan semangat bendera sang saka. 
  9. Budaya yang menongkah arah ini mudah diserap oleh golongan muda. Maka, golongan muda diperkudakan sepenuhnya. 
  10. Budaya negetif ini perlu segara dihapuskan. Pembawa budaya ini perlu diberi penalti yang berat. Jika gagal, maka usaha kerajaan selama 56 tahun ini akan menjadi sia-sia. Fikirkanlah.

No comments: