Search This Blog

Monday, December 30, 2013

2014 : TAHUN PENJIMATAN SEKTOR AWAM


  1. Akhir 2013 PM mengumumkan 11 langkah penjimatan sektor awam yang akan bermula bersama sambutan tahun baru 2014.
  2. Dalam 11 langkah tersebut, alangkah baiknya sekiranya PM mampu tunjukkan anggaran penjimatan yang boleh dilakukan. Seandainya 100% anggaran tersebut mampu dicapai, saya bangga dengan semua penjawat awam.
  3. Antara yang menarik perhatian saya adalah JUSA C ke bawah hanya diberi tiket penerbangan kelas ekonomi. Kalau dianalisa dengan tepat langkah ini akan mengurangkan kos penerbangan kakitangan awam kepada lebih 70%. 
  4. Pada saya, semua penjawat awam tanpa mengira gred perlu hanya diperuntukkan tiket penerbangan kelas ekonomi. Dengan ini, perbincangan akan terus dapat dijalankan sekalipun dalam penerbangan dari satu destinasi ke satu destinasi.
  5. Anggota pentadbiran juga juga perlu diberi peruntukan yang sama. Dengan ini, imej anggota pentadbiran akan meningkat. Kerajaan bukan sahaja boleh berjimat, malah hubungan di antara anggota pentadbiran dan penjawat awam dapat dieratkan.
  6. Perkara kedua adalah pengurangan kos eletrik sebanyak 5%. Peratusan ini pada saya adalah terlalu kecil. Eletrik harus dijimatkan pada kadar minima 40%.
  7. Penjimatan eletrik memerlukan perancangan yang teliti. Perancangan tersebut sebenarnya telah dilakukan. Namun amalan dan budaya yang salah dipraktiskan.
  8. Sebagai contoh, banggunan pejabat rata-rata minima 60% berdindingkan cermin. Namun dibekalkan dengan bidai. Maka, secara berterusan bidai tersebut ditutup. Akibatnya lampu dibuka sepanjang masa bekerja. Yang lebih radikal akan membuka semua lampu. Tanpa bidai, saya percaya penggunaan lampu dapat dikurangkan sehingga 70%.
  9. Cara berpakaian pula menyebabkan penggunaan penghawa dingin meningkat. Sut lengkap menjadikan pemakainya panas. Penghawa dingin diperlukan sepanjang masa bekerja.
  10. Buang tali leher, buang sut, maka penghawa dingin boleh dikurangkan kepada 50%. Banyak lagi langkah penjimatan eletrik boleh difikirkan. Namun untuk penjimatan 5%, kita sebenarnya hanya perlu mengambil cuti selama 15 hari. Secara langsung, penjimatan 5% terlaksanan.
Tunggu sambungan....

No comments: