Search This Blog

Tuesday, December 31, 2013

2014 : TAHUN PENJIMATAN SEKTOR AWAM2


  1. Perkara yang turut menarik perhatian saya adalah pembekuan pengubahsuaian ruang pejabat.
  2. Pejabat memang memerlukan ruang. Namun penggunaan ICT sebenarnya mampu mengurangkan penggunaan ruang pejabat.
  3. Dengan pembangunan sistem ICT yang menelan kos berbillion ringgit sehingga kini, maka sudah sampai masanya kita mengoptimumkan penggunaan sistem yang dibangunkan tersebut.
  4. Saya sering menegaskan, penggunaan punch kad bersama dengan sistem kedatangan ICT amat tidak bijak. Kad perlu dibeli, dan sistem kedatangan ICT perlu diselenggara. Ini sebenarnya bukti pembaziran yang amat nyata.
  5. Saya cadangkan sistem kedatangan sedia ada ditingkatkan. Malah pengimbas tidak perlu digunakan. Penjawat awam hanya boleh menggunakan telefon pintar untuk mengesahkan kedatangan.
  6. Saiz ruang pejabat juga perlu diselaraskan. Untuk itu, bilangan anggota untuk pegawai tinggi kerajaan dan anggota pentadbiran perlu ditetapkan. Satu garis panduan yang amat jelas perlu disediakan dan diterbitkan untuk dipatuhi oleh kerajaan.
  7. Sebagai contoh, jawatan-jawatan yang tidak perlu seperti pegawai khas, pegawai KPI, dan sebagainya perlu dikaji semula. Memantapkan bilangan pegawai ini secara langsung akan mengelakkan berlakunya pengubahsuaian ruang pejabat.
  8. Kerajaan juga tidak sepatutnya membangunkan lagi sebarang sistem ICT baru. Sebaliknya, sistem sedia ada perlu dipelbagaikan dan dipertingkatkan.
  9. Pembangunan sistem ICT hendaklah dibuat secara dalaman. Penyusunan semula sektor pegawai teknologi maklumat ini perlu dibuat segera. Sebagai contoh, hanya kakitangan gred F48 dan keatas boleh menjadi juruanalisa sistem, yang lain perlu menjadi pembangun sistem yang membuat pengaturcaraan sistem tersebut.
  10. Jika kakitangan bertambah, maka ruang pejabat diperlukan. Maka, ruang setor, bilik fail, dan bilik bincang perlu dikorbankan. Caranya adalah tingkan penggunaan ICT dalam sektor awam.
Tunggu sambungannya

No comments: