Search This Blog

Tuesday, February 4, 2014

2014 : KE MANA HALATUJU MELAYU 6


  1. Peranan media baru dalam mengukur perpaduan Melayu menjadi semakin siknifikan. Rata-rata Melayu hari ini menjadi pengguna media baru yang setia.
  2. Pengguna media baru lazimnya akan berfikiran terbuka. Golongan ini akan menghentam dan membincangkan isu tanpa sebarang sekatan.
  3. Malah ramai Melayu yang dalam group-group media baru berani memperkatakan isu-isu politik dengan lantang.
  4. Aliran ini berkembang dengan pesat. Jika dahulu, hanya pengikut pembangkang sahaja yang menggunakan media baru, namun kini, penyokong kerajaan juga telah menggunakan media baru.
  5. Ada dua kemungkinan yang akan berlaku dalam peperangan media baru ini. Melayu semakin terpecah, atau mungkin juga Melayu akan kembali menjadi satu.
  6. Inferennya adalah sebegini. Pembangkang hanya menggunakan media baru untuk menghentam kerajaan. Isu kangkung sahaja dimainkan seolah-olah kangkung menjadi tanda aras kemajuan negara.
  7. Media pembangkang digerakkan oleh pengikut yang dilatih melalui pentas ceramah politik. Maka, budaya pentas politik pembangkang dibawa dan menular dalam media baru pembangkang.
  8. Pengikut dan penyokong kerajaan pula bercerita tantang fakta dan data. Ada masanya, hentaman dan kritikan pedas juga dilontarkan.
  9. Hanya isu besar dimainkan sebagai plot utama. Contohnya isu penolakan Jepun ke atas DSAI dan isu perletakkan jawatan ADUN PKR tanpa sebab yang munasabah. Itu semua fakta dan data.
  10. Maka, sampai satu ketika, fakta dan data akan menang. Jika itu berlaku, maka Melayu akan kembali bersatu. Teruskan peperangan media baru ini. Mungkin ini adalah jalan yang terbaik untuk Melayu kembali bersatu.
Bersambung.....

No comments: