Search This Blog

Monday, February 3, 2014

2014 : KE MANA HALATUJU MELAYU 5


  1. Melayu secara dasarnya amat menggemari perpaduan. Ini berdasarkan budaya yang lembut dan sikap yang peramah.
  2. Dalam masa yang sama juga Melayu mempunyai sifat kepatuhan dan taat setia yang tinggi kepada ketua.
  3. Sifat ketiga pula adalah Melayu amat gemar untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang paling mudah sekalipun untuk dapatkan syurga Allah.
  4. Dari segi ilmu pengetahuan pula, Melayu amat mudah percaya dengan kata-kata dan pendapat orang alim. Sekalipun Melayu tidak memahami maksud alim itu sendiri, namun cara berpakaian dan lakonan yang alim akan dianggap alim oleh Melayu.
  5. Melayu suka bersahabat. Sikap ini menyebabkan nilai tolerensi dalam Melayu menjadi tinggi. Tanpa disedari, sikap ini membuka ruang kepada bangsa lain untuk maju ke depan. Dalam masa yang sama Melayu terus tertolak ke belakang.
  6. Melayu sekali dibenci akan terus dibenci. Tapi ini bukan dendam. Sebaliknya Melayu hidup dengan egois yang berdendam. Melayu hidup dengan angan-angan untuk menjadi hero. 
  7. Perkara (1) hingga (6) ini sebenarnya amat difahami oleh pemimpin politik tertentu. Manipulasi kepada semua sifat ini akan menentukan halatuju Melayu.
  8. Enam sifat ini bukanlah kelemahan. Namun sifat-sifat ini boleh diterbalikkan untuk memecahbelahkan Melayu.
  9. Dan perkara ini terjadi hari ini. Maka banyak Melayu mahu menjadi hero. Berdendam yang berpanjangan. Memberi ruang yang tidak sepatutnya. 
  10. Apabila Malayu mula terpecah tiga, maka perkara seterusnya agama yang dianuti Melayu akan dipersenda. Agama itu adalah Islam. Bila ini berlaku, maka tahap perpaduan Melayu begitu kritikal.
Bersambung.....

No comments: