Search This Blog

Monday, June 23, 2014

PESTA IBADAH DATANG LAGI 3

Bila semua dah ada maka mesyuarat pun bermula. Cikgu Ya selaku pengerusi memang selalu melilau sebelum pergi kepada pokok perbincangan. Cikgu Ya akan biasanya mengutuk kerajaan dulu. Macam-macam Cikgu Ya tuduh kerajaan. Kerajaan tak Islamiklah, kerajaan rasuah lah, kerajaan nak bankraplah dan macam-macam lagi. Semua maklum Cikgu Ya adalah penyokong fanatik sebuah parti Islam.

Bila lama sangat selalunya Abang Zack akan jawab. Selalunya jawapan Abang zack ni bisa sangat.
" Hang dah tau kerajaan kerajaan jahat pasai apa hang keje kerajaan. Kerajaan tu jahat sebab pegawai kerajaan jahat. Hang la yang jahat. Kalau aku, aku berenti je. tempat cari makan dok baling taik...takdak akai ka!". Tu la selalunya ayat yang buat Cikgu Ya terus kepada agenda mesyuarat.

Macam-macam dibincang. Selalunya bertumpu kepada bilangan khemah, jadual moreh, giliran imam, jadual khalifah tadarus dan edaran borang tahlil. Maka keputusan tahun lalu akan diulang sekali lagi. Macam biasa Imam Aziz, Imam Hj. Zairus, Imam Rumawi dan Imam Hazlan Al-Hafiz akan disusun mengikut jadual-jadual tertentu. Moreh pula dibuat mengikut lorong taman. Khemah cari penaja. Borang tahlil diedar oleh Tuan Hj. Baharom. Sama..malah sangat sama dengan tahun lepas.

"Macam sama je dengan tahun lepaih ni." Komen Abang Zack. Semua diam.
"Lain." Ringkas sahaja jawab Cikgu Ya.
"Lain kat mana?" Soalan tambahan Abang Zack
"Lain kat keputusan nombor 9 dan 10 tu." Jawab Cikgu Ya.

Abang Zack terus membelek semua keputusan. Orang lain juga sibuk membelek keputusan tu. Semua ternganga. Melopong dan seakan kehilangan punca.

No comments: