Search This Blog

Wednesday, June 25, 2014

PESTA IBADAH DATANG LAGI 5

"Tawaran membayar fidyah dengan menyediakan juadah berbuka untuk 100 orang di Surau Impian. Hubungi AJK segera!!!" Lantang dan kuat Cikgu Ya membaya ayat yang tertera pada banner yang ditempah tersebut. Semua diam membatu. Kagum dan terpegun dengan idea luar kotak yang dilontarkan oleh Cikgu Ya.
"Abang bangga dengan Cikgu." Puji Abang Zack. Abang Zack memang dah lama berniat untuk membayar fidyah. Tapi Abang Zack sendiri tak tahu macam mana. Pernah Abang Zack tanya Jabatan Agama, malangnya jawapan yang dikemukakan sama dengan jawapan dalam buku teks masa Abang Zack tingkatan dua dulu.
"Macam ni. Sebelum gantung biar abang jadi orang pertama. Abang buat untuk puasa pertama. Menu bebas kan?" Usul dan tanya serentak. Abang Zack memang tidak pandai menyusun ayat. Kadang-kadang Abang Zack tak tahu nak beza soalan dengan pendapat.
Semua yang hadir malam tu menepuk bahu Abang Zack. Kecuali Lebai Rosli. Dia hanya tunduk memandang lantai.
"Saya buat puasa ke dua. Saya pun banyak juga tinggal puasa dulu." Perlahan nada suara Lebai Rosli. Nampak sayu sangat. Maklumlah Lebai Rosli anaknya semua perempuan. Jadi, dia dah biasa bercakap perlahan. Gembira, suka, marah, sedih, dan segala-galanya sama sahaja pada Lebai Rosli.
"Wah...very good this time. Before hanging already get two sponser." Din Mamak menambah. Siap dalam bahasa penjajah yang berterabur. Mamak lah katakan. Memang gemar guna baha penjajah. Namun salah semua. Yang penting semua faham.
"Ok, let me do it." Cadang Din Mamak.
"I find good good place to gantung this banner. Then easy-easy people can see." Sambung Din Mamak lagi. Din Mamak terus menelefon beberapa rakan-rakannya. Dalam masa lima minit sebuah Ford Ranjer datang. Penuh dengan mamak. Din Mamak masuk ke dalam kereta tersebut. Bawa semua banner. Dan terus hilang dalam gelap malam.

Sedikit demi sedikit jemaah meninggalkan Surau Impian. Seperti biasa, Haji Baharum akan menjadi jemaah yang terakhir. Selalunya beliau akan kembali ke ruang solat setelah mematikan semua lampu dan kipas angin. Beliau akan bersujud. Dalam sujudnya, Haji Baharum akan berbisik-bisik. Bisik yang hanya diketahui olehnya. Bisik yang juga didengar oleh Ar-Rabb.

"Ya Rabbi..ampunkan aku kerana terpaksa meninggalkan rumahmu seketika. Aku terpaksa pulang untuk tanggungjawabku sebagai khalifah. Tanggungjawab yang Engkau berikan kepadaku. Berikan aku petunjukMu Ya Rabbi. Janganlah Engkau jemu mengurniakan Aku dengan hidayahMu dan petunjukMu, Ya Allah Ya Rabbal Alamin." Berbisik syahdu Haji Baharum. Kemudian dia bangun memandang kiri dan kanan. Nampak seperti berat Haji Baharum mahu meninggalkan rumah Allah ini. Perlahan dia melangkah. Setapak demi setapak. Sampai di pintu pagar, sekali lagi Haji Baharun akan memandang rumah kesayangannya itu. Haji Baharum pun berlalu menunggu seruan pagi untuk datang lagi ke pusat pesta ibadah ini.

SELESAI BAB 1....
BAB 2 AKAN DISIARKAN DALAM MASA TERDEKAT.

No comments: