Search This Blog

Monday, June 30, 2014

PESTA IBADAH DATANG LAGI 6

Malam pertama Ramadan serata surau akan sesak. Jemaah datang dari serata pelusuk taman. Malah, penduduk yang taman mereka tidak mempunyai surau, akan mencari surau yang berdekatan. Biasanya mereka akan mencari surau yang paling selesa. Atau yang paling sedapnya morehnya. Atau yang paling cepat tamat solatnya. Atau pelbagai alasan yang dicetus oleh tahap iman masing-masing.

Surau Impian juga penuh sesak. Selalunya penduduk kawasan sekitar akan memilih surau ini. Surau Impian bukan sekadar surau, tetapi pusat komuniti yang menggerakkan segala bentuk aktiviti masyarakat. Maka, surau ini telah menjadi tempat singgah pelbagai umat, tanpa mengira bangsa dan agama.

Selepas solat Isyak, Imam Hasbul akan menyampaikan beberapa pesanan. Imam Hasbul memang kuat agamanya. Solatnya pasti terjaga. Imam Hasbul usianya muda. Ideanya selalu mencabar. Pernah sekali Imam Hasbul merajuk dengan Cikgu Ya. Cikgu Ya, belasah Imam Hasbul dalam mesyuarat sampai Imam Hasbul terdiam. Sekarang Cikgu Ya dan Imam Hasbul dan berbaik semula. Maka, banyak lah idea mereka yang akan diterapkan dalam bulan Ramadan ini.

"Insyaallah kalau saya jadi imam, saya akan melakukakan semua perkara sunat dan akan meninggalkan semua perkara makhruh dalam solat." Kata Imam Hasbul selepas satu pembukaan ucapan yang sangat panjang.
"Kita baca doa iftitah. Jangan tinggal doa ini. Rasulallah tidak pernah tinggal." Tambah Imam Hasbul. Cikgu Ya di sebelah hanya tunduk memandang lantai. Macam-macam lagi yang Imam Hasbul sampaikan. Tantang solat. Tentang tadarus. Tentang Qiamullail. Tentang mengatur dan menguruskan Pesta Ibadah ini.

"Moreh bagaimana Imam? Kalau saya nak buat moreh macamana?" Tiba-tiba Bang Him bersuara.
"Yang sibuk sangat nak kejar sunat ini buat apa? Rukun yang wajib tu kena betul dulu." tegas Bang Him. Bang Him memang kaki protes. Semua dia protes. Pasang khemah dua dia kata membazir. pasang khemah satu dia kata tak cukup. Semua dia komplain. Pendek kata hobi Bang Him adalah memberi pandangan yang berlawanan. Dan selalunya Bang Him akan mengakhiri ayatnya sebigini.
"Tu pendapat saya seorang sahaja." Perlahan biasanya Bang Him mengeluarkan ayat itu.
"Betul tu." Kata Bang Non Polis,
"Betul jugak tu." Sokong Paksu JJ
"Tak kan takde moreh." Tambah Raman BJ.
Sana-sini ada suara yang menyokong Bang Him. Imam Hasbul terdiam. Dia pandang Cikgu Ya. Cikgu Ya senyum. Bangun. Terus betulkan kain. Terus Cikgu Ya ke depan. Dicapainya mikrofon dari Imam Hasbul. Senyum. Derdehem dua tiga kali. Dan senyum lagi.

"1,2,3,,,test.." Cikgu Ya kalau gelabah mesti cari ketenangan. Mesti guna 1,2,3,,test.
"Assalamulaikum.." Sambung Cikgu Ya.

Bersambung....

No comments: