Search This Blog

Monday, June 9, 2014

PRK TELUK INTAN : APA ITU?


  1. Saya ke Melbourne pada 29 Mei 2014 hingga 2 Jun 2014. Di sana saya dapat berita BN memenangi PRK Teluk Intan.
  2. Pada 3 Jun hingga 8 Jun 2014 saya pula berada di Hong Kong. Maka, saya hanya mendapat berita melalui facebook dan whatsapp.
  3. Cerita kedai kopi tidak saya perolehi. Saya pula memang menjangkakan BN akan menang tipis kali ini. Tidak sangka, jangkaan saya benar.
  4. Setelah kembali di Malaysia, suasananya telah menjadi suram. Tidak banyak yang bercakap tentang politik. Kebetulan cuti sekolah. Ramai yang sibuk dengan kenduri kendara.
  5. Pada saya ada beberapa maksud daripada PRK Teluk Intan. Pertama, BN kembali diterima rakyat dan DAP mula ditolak oleh rakyat.
  6. Kedua, rakyat Malaysia mula memilih calon bukan lagi berdasarkan parti yang bertanding tetapi berdasarkan kredibiliti calon itu sendiri.
  7. Ketiga, calon tidak boleh jadi derhaka kepada bangsa sendiri. Perjuangan parti hendaklah bermula dengan perjuangan untuk agama dan bangsa. Kemudian, baru berjuang untuk parti.
  8. Keempat, pengalaman calon amat penting. Calon perlu menjadi sebahagian masyarakat sebelum boleh diterima oleh rakyat. Calon lompat akan kalah dalam mana-mana PRK.
  9. Kelima, rakyat memerlukan calon yang bekerja. Rakyat mula menolak calon yang hanya pandai mengkritik. Rakyat mahu hasil, bukan kemenangan bercakap semata-mata.
  10. Keputusan ini menunjukkan parti-parti politik di Malaysia akan menghadapi cabaran memilih calon yang maha hebat. Hanya parti dengan calon yang betul akan memenangi PRK.

No comments: