Search This Blog

Sunday, May 25, 2014

PRK TELUK INTAN: ISYARAT DARI BUKIT GELUGUR


  1. PRK Bukit Gelugur telah selesai. Seperti dijangka, pemenangnya adalah DAP. Malah calon-calon lain yang bertanding, tidak langsung memberi kesan kepada DAP. Walaupun hanya 51% pemilih yang mengundi, namun DAP mendapat hampir 95% undian.
  2. Calon PCM dan Calon Bebas tidak menarik perhatian saya. Namun, calon bebas yang mewakili PAS ditolak secara total di situ. Ertinya, PAS bukan lagi parti politik yang diterima di Pulau Pinang. PAS akan berkubur dan lebur ditangan DAP dan PKR.
  3. Memang cara peleburan PAS di Pulau Pinang agak tragis. Lebur kepada sekutu sendiri. Sedangkan PAS selama ini memekik-mekik mengkafirkan UMNO dan orang-orang Islam lain dalam UMNO.
  4. Kalau kita kaji, apakah Takbir PAS akan tidak lagi bergema di Pulau Pinang. Atau mungkin laungan Takbir PAS hanya akan bergema dalam kempen DAP dan PKR. Ataupun, PAS hanya mampu bertakbir tanpa diberi sebarang kerusi di Pulau Pinang.
  5. Tindakan BN, khususnya di MCA tidak bertanding adalah satu rahmat besar. Tindakan ini menyerlahkan PAS adalah mangsa keadaan. Natijahnya, hudud yang dipromosikan ditentang oleh pemimpin sendiri. Kekalnya bilangan kerusi DAP, maksudnya undian hudud semakin menipis.
  6. Apa pula hubungkaitnya dengan Teluk Intan? Mudah, di Teluk Intan, BN akan menentang DAP. Peratusan undian akan melebihi 80%. Kedua-dua penyokong akan turun seramai mungkin untuk memenangkan parti masing-masing.
  7. Di Teluk Intan nanti saya percaya PAS akan terus menyokong DAP. PAS akan pastikan DAP menang. PAS akan mahukan jumlah kerusi DAP tidak berkurang di Parlimen. 
  8. Sebabnya mudah. PAS sendiri mahu undian jika Hudud dibentangkan tidak berpihak kepada mereka. Maka, mereka masih boleh terus menjaja hudud untuk meraih undi simpati. Kelantan, Terengganu, dan Kedah akan terus menjadi buruan mereka.
  9. Jika BN menang, maka PAS bimbang BN akan mengundi untuk menyokong hudud. Undian ini sebenarnya akan memerangkap PAS dan menjahanamkan kerjasama PAS dengan kekasih gelapnya, DAP. Jika ini terjadi, PAS akan berjuang secara sendiri.
  10. Jika benar Islam, bantuan daripada Allah akan tiba juga. Jika benar Ikhlas, bantuan Allah akan tiba juga. Namun, jika perjuangan berlandaskan hipokrasi, maka, tindakan akan menyerlah niat sebenar. Dalam hipokrasi, apa sahaja boleh dijual, termasuk Agama dan bangsa.

No comments: