Search This Blog

Thursday, August 14, 2014

JALUR GEMILANG


  1. Bendera adalah lambang kedaulatan sesebuah negara yang berkait rapat dengan semangat patriotik dalam mempertahankan maruah, agama, dan ibu pertiwi.
  2. Bendera juga adalah lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat, dan kewarganeragaan bagi sesebuah negara.
  3. Penggunaan bendera dan penghormatan ke atas bendera adalah simbol nasionalisma.
  4. Tidak ada negara tanpa bendera. Juga tidak ada dua negara yang berkongsi satu bendera. Kerana itu, bendera paling siknifikan dalam menjadi lambang sesebuah negara.
  5. Bendera Perseketuan Tanah Melayu berkibar pertama kalinya pada 31 Ogos 1957 di Padang Kelab Selangor seiring dengan laungan semangat nyanyian lagu Negaraku.
  6. Bendera Malaysia pula mula berkibar pada 16 September 1963 dengan tambahan jaluran menjadi 14.
  7. Bendera Malaysia mewakili negeri-negeri di Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Singapura.
  8. Apabula PAP mengeluarkan Singapura dari Malaysia pada tahun 1969, jalur bendera Malaysia masih kekal 14 dengan Wilayah Persekutuan menggantikan Singapura.
  9. Walaupun bendera Malaysia sentiasa berkibar megah, namun tidak ada seorang pemimpin pun yang pernah terfikir untuk memberi nama rasmi kepada bendera tersebut. Maka, kekallah bendera terus berkibar megah tanpa nama.
  10. Pada malam 31 Ogos 1997, Tun M telah memberikan nama Jalur Gemilang kepada bendera Malaysia di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Episod 2 : Sejerah Jalur Gemilang

No comments: