Search This Blog

Thursday, August 14, 2014

JALUR GEMILANG -2


  1. Bendera Perseketuan Tanah Melayu dihasilkan melalui satu pertandingan pada mei 1948. Pertandingan tersebut dikenali sebagai Pertandingan Mencipta Bendera Peringkat Kebangsaan.
  2. Sebanyak 373 penyertaan diterima dengan 373 rekabentuk bendera. Proses pemilihan bendera mengambil masa hampir 14 bulan.
  3. Pada 15 November 1949, tiga bentuk cadangan dipilih untuk pemilihan akhir. Kesemua rekabentuk itu mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dari segi pemilihan warna dan simbol.
  4. Pada 22 dan 23 Februari 1950, bendera ciptaan seorang arkitek Melayu iaitu Mohamed Bin Hamzah yang berasal dari Johor telah dengan rasminya dipilih oleh Majlis Raja-raja Melayu.
  5. Majlis Raja-raja Melayu menitahkan  pindaan dibuat. Pindaan tersebut adalah dengan mengubah warna asal (putih) pada lambang bulan dan bintang kepada warna kuning.
  6. Istana Selangor di Kuala Lumpur telah dipilih menjadi tempat pertama untuk mengibarkan bendera ini pada 26 Mei 1950. Istana tersebut kini dikenali sebagai Kelab Sultan Sulaiman.
  7. Dalam majlis penuh bersejarah tersebut, hanya Sultan dan Pemimpin UMNO yang hadir. Antaranya Sultan Selangor, MB Perak, Terengganu, Perlis, Kedah dan Negeri Sembilan. 
  8. Hendry Gurney telah dirahkan oleh Sultan Selangor untuk menaikkan bendera tersebut. Dimaklumkan beliau tidak membantah, dan menerima tugasan tersebut sebagai sebuah penghormatan.
  9. Difahamkan juga, itulah sebab utama, Hendry Gurney didendam dan dibunuh oleh pengganas komunis ketika itu. Menaikkan bendera hanya sebagai lambang kewujudan sebuah negara, namun menaikkan bendera yang dipilih oleh Pembesar Melayu adalah kesalahan utama di mata pengganas komunis ketika itu. Ini kerana, Komunis bercadang untuk menubuhkan kerajaan sendiri dan menguasai Tanah Melayu ketika itu.
  10. Digambarkan suasana hiba, sedih, sayu, bangga, dan disulami semangat yang bercampur-campur dirasai oleh semua yang hadir dalam upacara tersebut. Kesemua yang hadir adalah Melayu. Maka, menitislah semua air mata Melayu ketika itu. Upacara ini juga menjadi pembakar semangat untuk Pahlawan Melayu mempercepatkan proses Kemerdekaan.
Bersambung....

No comments: