Search This Blog

Sunday, August 3, 2014

MENGENALI MELAYU 1

Memahami kronologi sejarah yang berlaku di Srivijaya dari awal hingga tumbangnya kerajaan Agung Melayu tersebut adalah satu usaha yang menjerihkan minda...catatan yang kurang serta berlawanan diantara satu sama lain memang menambahkan kekeliruan. Namun apa yang pasti legitemasi Srivijaya sebagai sebuah kerajaan Melayu terhebat yang pernah wujud di dunia adalah tidak boleh disangkal lagi. Kerana bukan kita sahaja yang masuk bakul angkat sendiri, sebaliknya dunia luar yang berkata-kata dan membisik-bisik nama keramat Srivijaya.
Jika para pemerintah dari kerajaan-kerajaan asing seperti China, India, Sri Lanka dan lain-lain mencatatkan dan memahatkan nama-nama Maharaja-Maharaja Melayu Srivijaya di batu-batu bersurat mereka dan memuji mereka dengan pujian yang tinggi, tetapi mengapakah kita sebagai anak Melayu sendiri tidak cakna malah tidak percaya dengan ketamadunan nenek moyang anda? Kononnya nenek moyang kita tidak tahu apa-apa sebelum kedatangan orang luar!
Jika ada golongan jahil yang mengatakan bahawa bangsa kita ditamadunkan oleh bangsa India atau Tamil serta tidak mampu membina kerajaan atau tamadun sendiri, 'campakkan' sahaja catatan-catatan sejarah seperti Merong Mahawangsa, Culavamsa, Cronicle of Nakorn Sitthammarat dan Mahavamsa ke muka mereka. Jika mereka masih degil dan tidak mahu menerima kenyataan bahawa bangsa Melayu pada zaman dahulu pernah membina bangunan-bangunan agama yang hebat, 'hentakkan' sahaja muka mereka di Candi Borobudur, Prambanan dan Angkor wat.
Jika mereka masih percaya bahawa Tamil Chola lebih hebat dari Srivijaya, 'tonyohkan muka' mereka pada prasasti Madagiri dan prasasti Bolana yang membuktikan bahawa kekuasaan ketenteraan Srivijaya pernah menakluk kerajaan-kerajaan di Selatan India.
Chola?...kenapa dengan Chola?...hebat sangatkan Chola hinggakan semua orang Tamil memusatkan pengetahuan sejarah mereka hanya pada Kerajaan Chola. Chola memang hebat, namun belum cukup hebat lagi jika dibandingkan dengan Srivijaya. Bagi golongan begini elok direbuskan catatan-catatan impirial China zaman dinasti Song yang menyebut bahawa Chola pernah berada dibawah jajahan SRIVIJAYA.

Ehsan dari Waris Nusantara

No comments: