Search This Blog

Monday, August 4, 2014

MENGENALI MELAYU 2

“Lima kurun dahulu, Melaka dikunjungi 2,000 kapal sehari iaitu sesibuk pelabuhan Singapura moden kini, yang menjadikannya satu daripada tiga pelabuhan yang tersibuk di dunia … Di situ terdapat orang-orang Gujerat, Tamil,Bengali daripada India berniaga dengan orang Melayu, Cina dan Arab secara harmonis; bandar raya dengan 100,000 penghuni, 84 bahasa dituturkan di pasar. Sultan yang memerintah, telah memastikan keselamatan Selat Melaka daripada lanun, dan barangan dapat disimpan dalam ratusan gudang dengan selamat. Jika ada sebarang pertelingkahan undang-undang yang berwibawa dilaksanakan ke atas orang tempatan dan asing seadilnya.”
Simon Elegant, Far Eastern Economic Review (IO Jun, 1999:45)
Melalui penyataan ini dapatlah kita simpulkan bahawa Melayu sebenarnya:
a) Mempunyai sistem perekonomian dan politik yang stabil
b) Mempunyai sistem kententeraan, keselamatan dan pertahanan yang hebat
c) Mempunyai teknologi perkapalan, sistem pelabuhan dan ilmu pelayaran yang tinggi
d) Sistem perdagangan, kewangan dan percukaian yang universal
e) Masyarakat yang tinggi ilmunya, akhlak yang pekerti, jujur dan amanah, mempunyai nilai adab dan santun yang tinggi
f) Bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca
g) Bangsa Melayu sebagai bangsa penerima universal

Malangnya semua ini semakin dilupai kerana sistem pendidikan kita tidak menyentuh secara mendalam perkara ini. Majoriti Melayu yang ada juga malas untuk mengenal jati diri lalu jatuhlah mereka ke lembah kehinaan, malu mengaku asal usul mereka.
Yang terlalu radikal pula menggunakan pengetahuan ini untuk menunjukkan sikap supremacy walhal yang patut diraikan ialah sifat Melayu yang unik sebagai penerima universal. Yang patut difikirkan ialah bagaimana untuk mengembalikan jati diri bangsa Melayu dan bukannya mendabik dada terhadap kegemilangan yang lepas.
Yang membenci Melayu pula suka memukul sama rata Melayu sebagai bangsa yang mereka hanya kenal dari pandangan umum tanpa mengetahui siapa sebenarnya bangsa Melayu.

Bangsa Melayu semenjak jatuhnya Nusantara, secara perlahan-lahan dan konsisten, selama 500 tahun dipecah-pecah, dihilangkan jatidiri, dimasukkan bidaah-bidaah agama dan dirompak kekayaan harta, warisan dan sejarahnya..
Dan hanya setelah melalui zaman kemerdekaan dan darurat ancaman komunis, bangsa Melayu itu mula untuk mengkaji kembali sejarah dan jati diri.
Ianya tidak mudah, dengan tiada bantuan dari institusi pendidikan, dengan ancaman ideologi-ideologi luar, dengan ancaman radikal dan ekstremis Melayu termasuk serangan-serangan dari puak-puak yang sentiasa buruk sangka dan membenci Melayu. Diserang semua arah, siang dan malam..
Apa perasaan anda jika bangsa anda, agama anda, sejarah anda, adab dan budaya anda sentiasa dipersoalkan dan disalah-anggap..?
Apa perasaan anda apabila bangsa anda diadili berdasarkan perbuatan segelintir daripada bangsa anda yang radikal, yang berakhlak teruk, yang anda sendiri tahu itu bukanlah bangsa anda..?

Bangsa Melayu hari ini sedang mengalami krisis identiti yang hebat.. Yang sedang membunuh jati-diri mereka sedikit demi sedikit.. Ramai yang sibuk mengkaji dan mengambil pandangan, fahaman dan ideologi luar, tetapi kurang yang hendak mengenali bangsa sendiri dahulu..
Penulisan ini adalah sebahagian dari usaha dan seruan saya kepada:
1. Ahli agama, janganlah terlalu taksub sehingga kebudayaan itu sendiri dibunuh walaupun tiada unsur-unsur yang bertentangan dengan Islam. Jangan mudah untuk mengatakan kita mencedok budaya lain kerana bangsa Melayu ialah bangsa tua yang mempunyai budaya dan warisannya tersendiri.
2. Ahli ekstremis dan radikal, janganlah terlalu taksub sehingga berkata-kata sesuatu yang boleh menjadikan bangsa anda mangsa fitnah dan ejekan. Belajarlah membezakan pengetahuan umum dan pengetahuan sulit. Bukan semua pengetahuan itu untuk semua dan bukan semuanya untuk masa dan keadaan hari ini. Jadilah insan yang adil dan bukannya zalim.
3. Ahli ilmuwan, janganlah terlalu taksub dengan ilmu yang ada dengan diri sehingga semuanya nak diperlekehkan. Didiklah dengan santun dan adabnya. Jangan terlalu inginkan kebenaran itu diterima sehingga perbuatan dan cara kita menyebabkan ia tertolak. Tertolak kerana sikap dan akhlak kita.
4. Ahli liberal, cukup-cukuplah menghina dan mempersoalkan bangsa sendiri kerana anda sendiri tidak mengenali bangsa anda.. Anda sendiri malas nak mengkaji, bertanya dan memahami siapa diri anda. Kalau anda diam sejenak, anda akan dapati bahawa sikap buruk dan radikal wujud di dalam semua bangsa dan agama.
5. Bukan Melayu, sebagaimana anda membenci diri anda distereotaip dan dipandang hina, begitu juga bangsa Melayu.
Cuba lihat disekeliling..di seluruh dunia..Bangsa apakah yang sedang giat membunuh dan menindas bangsa dan agama lain.. Melayu kah..?
Cuba lihat sejarah..di seluruh dunia..Bangsa apakah yang sering menakluk dan menjadikan hamba bangsa dan agama lain.. Melayu kah..?



Ehsan Dari Waris Nusantara

No comments: