Search This Blog

Monday, September 8, 2014

RUKUN NEGARA - 5


  1. Prinsip ke-4 dalam Rukun Negara adalah Kedaulatan Undang-undang. Prinsip ini tidak akan terhasil tanpa penghayatan Prinsip ke-3 iaitu Keluhuran Perlembagaan.
  2. Perlembagaan adalah sumber utama undang-undang Malaysia. Maka, atas luhurnya Perlembagaan itu, maka undang-undang Malaysia akan sentiasa bersifat adil dan saksama.
  3. Kalau diteliti, undang-undang berada di prinsip ke-4. Dibiarkan kebelakang daripada Tuhan, Raja dan Negara, dan Perlembagaan.
  4. Secara tersiratnya, Undang-undang Agama itu menjadi tonggak yang lebih utama. Sesuai dengan perlembagaan yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, maka Al-Quran dan Hadis itu secara langsung menjadi rujukan Undang-undang Malaysia.
  5. Disebabkan Malaysia adalah sebuah negara majmuk, maka, pegangan agama lain juga tidak diketepikan khususnya ajaran agama yang bersifat universal. 
  6. Sebagai contoh, amanah, bantu-membantu, dan semangat kerjasama adalah ajaran agama secara universal. Kesemua sifat ini diterapkan dalam undang-undang Malaysia bukan melalui Perlembagaan, sebaliknya melalui Prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan.
  7. Faktor Raja dan Negara juga menjadi sumber kedua dalam pembentukan undang-undang Malaysia. Raja adalah sebuah institusi dan bukannya individu. Institusi mempunyai warisan, budaya, dan peraturannya yang tersendiri.
  8. Kerana itu, Raja perlu menjadi kata pemutus sebelum sesuatu undang-undang diguna pakai. Termasuk dalam pemakaian undang-undang yang kritikal seperti perlantikan MB atau PM.
  9. Dalam konteks Malaysia, disebabkan Raja itu sebuah institusi, maka perbezaan di antara Raja dan Negara itu mempunyai garisan yang amat sempit. Raja adalah Negara. Negara juga adalah Raja. Kedua-duanya merupakan sebuah institusi yang berdaulat.
  10. Kedaulatan Undang-undang ini perlu saya huraikan dalam beberapa siri. Semoga pembaca semua memahami Rukun Negara yang semakin khalayak lupakan ini. 
Bersambung....

No comments: