Search This Blog

Wednesday, September 3, 2014

RUKUN NEGARA - 4


  1. Prinsip ke-3 Rukun Negara adalah Keluhuran Perlembagaan. Luhur bermaksud niat suci dan murni. Ini jelas menggambarkan Perlembagaan Malaysia adalah satu alat penting yang akan menjamin rakyat dan negara untuk mencapai kedamaian, keharmonian, dan kemakmuran.
  2. Perlembagaan adalah asas penting perundangan di Malaysia. Perlambagaan adalah perjanjian bertulis yang dijadikan sumber utama dalam membentuk Akta di Malaysia.
  3. Perlembagaan telah menetapkan beberapa perkara penting yang tidak boleh diubah. Antaranya keistimewaan Melayu, kedaulatan Raja-raja Melayu, keluasan Tanah Melayu, penubuhan Rejimen Askar Melayu Diraja, dan sebagainya.
  4. Perlembagaan juga mempunyai prinsip bertulis yang dikenali sebagai Jus Soli iaitu Cina dan India diberi hak kewarganegaraan secara automatik. Juga perlu diingat keturunan Cina dan India yang diberi kewargageraan ini jika lahir di Malaysia, perlu diberi kewargenegaraan secara automatik.
  5. Atas prinsip luhurnya Perlembagaan itu, maka Perlembagaan sentiasa bersifat adil. Melayu dijaga, namun Cina dan India tidak diganggu.
  6. Sebagai contoh, untuk membangunkan ekonomi Melayu yang ketinggalan akibat penjajahan British, maka Malaysia memperluaskan sumber ekonomi baru, bukannya merampas harta dan hak Cina dan India yang dibangunkan oleh Penjajah.
  7. Maka kerajaan mewujudkan kawasan industri baru untuk Melayu, mewujudkan syarikat konglomerat baru untuk Melayu, membuka hartanah baru untuk Melayu dan mewujudkan peluang pendidikan baru untuk Melayu.
  8. Maka, lahirlah beberapa organisasi baru khusus untuk menjaga kepentingan Melayu seperti MARA, UiTM, PNB, dan sebagainya.
  9. Semua ini dibuat tanpa mengganggu hak bangsa lain yang telah sedia dikayakan oleh British. Maka, hari ini Melayu juga bangun hampir sama setanding "Anak-anak Emas' penjajah.
  10. Berdasarkan kemajuan Malaysia hari ini, maka amat jelas Perlembagaan Malaysia sememangnya luhur. Atas keluhuran ini, semua undang-undang yang digubal menjana kedamaian, keharmonian, dan kemakmuran kepada rakyat. Jelaslah, manusia yang ingin menghapuskan Perlembagaan kita, adalah golongan yang busuk hati dan penuh hasad dengki.
Bersambung...

No comments: