Search This Blog

Monday, October 13, 2014

BAJET 2015 : BOLEHKAH MP PR TIDAK BERSETUJU?


  1. Apabila bejet dibentangkan pada Jumaat lalu iaitu pada jam 4 petang, 10 Oktober 2014, pasti ada bunyi dan suara selepas itu.
  2. Sebelum itu pada jam 10 pagi, Ketua Pembangkang juga membaca bajet PR. Bajet yang hendak memberi segala-galanya termasuklah kebebasan untuk minum arak di mana-mana.
  3. Bajet sebenarnya adalah bacaan kedua untuk mewujudkan Akta Perbekalan 2015. Akta Perbekalan pula akan hanya digunapakai untuk tempoh 1 tahun.
  4. Akta ini akan menetapkan kaedah perberlanjaan wang rakyat dan kaedah untuk memberi peluang kepada rakyat untuk menyumbang kepada negara.
  5. Ketika dibentangkan, ucapan bajet ini masih lagi menjadi rang undang-undang. Ertinya apa yang kita dengan sepanjang 2 jam 30 minit itu belum boleh digunakan oleh kerajaan.
  6. Ucapan bajet perlu dibahaskan dan akhir sekali diundi oleh semua wakil rakyat. Jika, ada wakil rakyat yang tidak bersetuju, maka wakil rakyat tersebut boleh tidak menyokong Rang Undang-undang Perbekalan 2015.
  7. Di sinilah nanti kita akan melihat keikhlasan dan kejujuran wakil rakyat. Ada yang berkokok mengalahkan ayam jantan, namun turut mengundi ketika keputusan diminta.
  8. Lulus sahaja Akta Perbekalan 2015, secara langsung bermaksud semua wakil rakyat di dalam Dewan Rakyat mengundi untuk meluluskan Ucapan Bajet ini.
  9. Meluluskan beerti bersetuju. Bersetuju ertinya menerima hakikat kelebihan dan manfaat yang dibawa oleh bajet 2015. Juga bermaksud, kerajaan sedia ada amat bijak merencana pengurusan wang negara.
  10. Namun, bagi sesetengah ahli politik, mereka bersetuju di dalam dewan, namun menentang habis-habisan di luar dewan. Tujuan mudah, mereka mahu nampak macam hero. Lagipun mereka tahu, pengikut mereka bodoh dan hanya tahu mengangguk. 

No comments: