Search This Blog

Monday, October 13, 2014

BAJET 2015: LULUS ATAU TIDAK?


  1. Apa sebenarnya yang dibelanjakan dalam bajet 2015? Mungkin ramai yang tidak tahu dari manakah sumber kewangan yang dibentangkan dalam bajet tersebut. Namun, kita sering mendengar ulasan dan komen yang panjang lebar dari golongan tertentu berkaitan bajet.
  2. Kesemua sumber kewangan dalam bajet datangnya daripada Kumpulan Wang Yang Disatukan (KWYD) Kerajaan Persekutuan. Terdapat dua KWYD, satu di Negeri yang akan dibentangkan dalam Bajet Negeri, dan KWYD Persekutuan yang dibentangkan di Parlimen.
  3. Sehingga kini tidak ada sebuah negeri pun yang membentangkan bajet negeri secara langsung mahupun mendapatkan pendapat umum sebelum membentangkan bajet negeri. 
  4. Fenomena ini kekal dari dahulu hingga sekarang. Sekalipun beberapa negeri telah berbeza parti pemerintah, namun, pembentangan bajet negeri masih dilakukan secara tertutup. Di sini amat jelas, PR hanya berjanji untuk telus, namun hanya berjaya membuktikan mereka telus dengan memanipulasikan ketelusan kerajaan.
  5. Hasil daripada KWYD datangnya daripada Cukai Pendapatan, Cukai Kastam, Kompaun, dan Denda. Ada juga pelbagai hasil lain seperti sumbangan GLC dan Hutang Negara. Kesemua ini ahan menjadi hasil negara. 
  6. Perbelanjaan pula dibahagikan kepada dua katogeri. Belanja mengurus dan belanja pembangunan. Belanja mengurus termasuklah bayaran gaji, elaun, dan ganjaran kakitangan awam, kakitangan kontrak, ahli parlimen, menteri, dan ketua pembangkang. Selain itu, segala perbelanjaan yang berkaitan dengan operasi organisasi awam akan dibiyai oleh belanja mengurus.
  7. Perbelanjaan pembangunan pula adalah untuk membawa pembangunan dalam bentuk fizikal. Contohnya pembinaan sekolah, hospital, jalan raya, lebuhraya, jambatan, pelabuhan, dan rumah rakyat.
  8. Fakus adalah untuk belanja mengurus. Belanja mengurus telah mempunyai amoun yang tetap. Belanja pembangunan akan menjadi pemangkin dan strategi pembangunan negara. Belanja pembangunan akan diatur selepas ada baki yang ditolak dari belanja mengurus. 
  9. Bajet 2015 jika gagal diluluskan akan mengakibatkan kesan yang sangat teruk. Gaji penjawat awam termasuk gaji semua Ahli Parlimen Pembangkang tidak akan dapat dibayar mulai Januari 2015. Bonus kakitangan awam juga akan gagal dibayar pada Januari 2015. Elaun mengurus semua wakil rakyat juga akan terhenti dan semua rakyat tidak akan mendapat peruntukan pembangunan kecil mulai 2015.
  10. Bajet 2015 adalah kunci yang akan membuka jalan untuk Rancangan Malaysia ke-11. Kalau bajet ini memang tidak bagus atau gagal mencapai standard yang PR mahukan, saya mencabar kesemua wakil rakyat pembangkan untuk tidak mengundi untuk meluluskan bajet ini dalam bacaan ketiga nanti. Jika undian meluluskan bajet ini mendapat undian lebih daripada 60%, maka amat jelas kesemua wakil rakyat PR hanya berlakon di depan penyokong yang dungu. Kita tunggu dan lihat.

No comments: