Search This Blog

Tuesday, February 24, 2015

RAYUAN PENGAMPUNAN : KESAN KEPADA NEGARA


  1. Rayuan YDA adalah jalan terakhir kepada penjenayah untuk membebaskan diri mereka daripada hukuman. Pengampunan tidak melepaskan diri penjenayah daripada kesalahan yang dilakukan.
  2. Orang yang diberi pengampunan tetap dianggap penjenayah. Selalunya tidak ada pengampunan diberikan kepada penjenayah walaupun jumlah permohonan begitu banyak.
  3. YDA dalam memberi pengampunan akan mengambilkira beberapa faktor. Faktor utama adalah kesan kepada negara sekiranya penjenayah tersebut kembali semula ke dalam sistem masyarakat.
  4. Memohon pengampunan adalah hak mutlak penjenayah tersebut. Tetapi memberi pengampunan adalah hak mutlak YDA.
  5. Dalam konteks ini YDA bukanlah individu. Sebaliknya YDA adalah institusi tertinggi negara ini. Justeru itu, pertimbangan untuk memberi pengampunan bukanlah sesuatu yang mudah.
  6. Berlawanan dengan konsep pengadilan di Mahkamah iaitu Membebaskan orang yang bersalah adalah lebih baik daripada menghukum orang yang tidak bersalah, konsep pengampunan pula adalah tidak memberi pengampunan kepada penjenayah adalah lebih baik daripada mengembalikan penjenayah kepada masyarakat.
  7. Peluang untuk mendapat pengampunan YDA amat tipis. Kesannya amat besar. Pengampunan YDA akan menidakkan semua keputusan hakim-hakim dalam mahkamah yang dibuat dalam satu tempoh masa yang lama.
  8. Selain daripada pengampunan daripada hukuman, penjenayah juga boleh memohon pengampunan untuk memendekkan tempoh hukuman. Sebagai contoh, jika dipenjara selama 5 tahun, penjenayah boleh memohon untuk memendekkan hukuman tersebut kepada 2 tahun. YDA akan mempertimbangkan permohonan pengampunan tersebut.
  9. Selalunya tempoh memendekkan hukuman mendapat pengampunan daripada YDA. Itupun di atas syor Ketua Pengarah penjara Malaysia.
  10. Dari mula proses sehingga proses selesai, mahkamah telah menunjukkan keadilan yang tidak berbelah bahagi kepada tertuduh. Adalah amat wajar kita menghormati keputusan tersebut. Bukan semua orang boleh menjadi hakim, begitu juga rakyat, rakyat bukanlah hakim negara.
Tamat

No comments: