Search This Blog

Monday, February 16, 2015

KEPUTUSAN MAHKAMAH : RAYUAN PENGAMPUNAN


  1. Apabila Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan, kesan kepada tertuduh adalah kekal. Maksudnya, jika tertuduh didakwa sebagai peliwat, maka, tertuduh akan kekal sebagai pesalah liwat sampai bila-bila.
  2. Tindakan terakhir daripada pesalah tersebut adalah memohon pengampunan daripada Yang DiPertuan Agong (YDA). Dalam kes ini, bukan kesalahan tersebut yang dipertikaikan, sebaliknya budi bicara YDA untuk memberi pengampunan.
  3. Perkataan AMPUN itu sendiri menunjukkan tertuduh benar-benar telah melakukan kesalahan. Maka, jalan terakhir untuk lepas daripada kesalahan adalah melalui proses pengampunan.
  4. Untuk mendapat pengampunan, beberapa faktor akan diambilkira. Faktor-faktor tersebut bukanlah faktor yang telah didebatkan di dalam semua peringkat mahkamah.
  5. Faktor utama adalah kesan kepada negara jika pengampunan tidak diberikan. Sebagai contoh, tekanan daripada rakyat atau penyokong orang yang didapati bersalah. Bahasa biasa bagi orang yang didapati bersalah adalah penjenayah.
  6. Faktor tekanan rakyat ini biasanya akan memudahkan proses pengampunan kepada penjenayah tersebut. Kerana itu, penjenayah yang berpengaruh, akan menggerakkan kempen untuk mendapatkan sokongan padu daripada rakyat.
  7. Gerakan ini akan diberikan pelbagai nama. Ada yang menamakan gerakan rakyat, reformasi, dan penggempur demokrasi. Kita akan dapati gerakan demo jalanan ini hanya akan digerakkan apabila penjenayah tersebut berada di dalam penjara.
  8. Penjenayah yang bijak akan menggunakan faktor emosi untuk mempergunakan rakyat. Sebagai contoh Robin Hood menggunakan hak merampas harta untuk agihan bersama. Maka, Robin Hood menghalalkan rompakan sebagai cara pembahagian khazanah negara.
  9. Bagi sesetengah penjenayah, mereka menggunakan kekhilafan rakyat terhadap undang-undang untuk mempermainkan emosi rakyat. Maka, mereka akan gunakan sentimen ketelusan mahkamah. Kononnya, demokrasi telah lenyap.
  10. Penyokong biasanya fanatik. Fanatik biasanya tidak menggunakan akal sebaliknya hanya dipengaruhi emosi semata-mata. Golongan fanatik inilah yang akan ke jalanraya berarak memberi tekanan kepada negara. Akhirnya, akan ada pihak yang penuntuk pengampunan untuk penjenayah tersebut. Akibatnya, penjenayah akan menjadi raja dalam negara kita. Ada kesannya...saya akan sambung nanti.

No comments: