Search This Blog

Thursday, May 28, 2015

RMK11: PANDANGAN SAYA 4


  1. Saya percaya pembaca blog saya ini mula memahami RMK11 lebih daripada orang lain. Saya tidak memindahkan data dari daripada EPU kepada pembaca blog ini. Sebaliknya saya memproses data dan informasi tersebut menjadi ilmu yang boleh kita gunakan sebagai persediaan pada masa hadapan.
  2. Hari ini saya akan menganalisa kita data. KDNK Perkapita, Populasi dan KDNK. Dalam bentuk nilai adalah RM54,890, 32.4 juta, dan RM1.4 trillion. Tiga data ini kalau diproses akan menghasilkan sentuhan masa hadapan yang yang jelas.
  3. Pertamanya saya akan mengira hasil negara pada tahun 2020. Hasil negara akan datang daripada cukai langsung, cukai tindak langsung dan sumbangan pelaboran negara. 
  4. Cukai tidak langsung adalah GST. Pada masa sekarang kadar GST adalah 6% dengan 40% darpada barangan dan perkhidmatan dikenakan GST. Maka GST pada tahun 2020 boleh dikira dengan formula Populasi X KDNK Perkapita X 6% X 40%. Hasilnya adalah RM64.42 billion.
  5. Cukai langsung pula datangnya daripada KDNK. Nilai KDNK pada tahun 2020 adalah RM1.4 trillion. Daripada nilai ini, 10% adalah jumlah cukai negara. Ertinya, cukai langsung kepada negara adalah 10% X KDNK iaitu berjumlah RM140 billion.
  6. Gabungan dua hasil cukai ini sahaja akan memberikan nilai hasil negara berjumlah RM204.42 billion. Jumlah ini sebenarnya masih kecil berbanding bajet 2015 iaitu berjumlah RM273.9 billion. Terdapat kekurangan berjumlah RM69.48 billion.
  7. Mulai 2015, kerajaan telah menamatkan subsidi bahan bakar berjumlah RM37 billion. Dengan menggunakan nilai ini, kekurangan yang dianggarkan adalah RM32.48 billion. GLC perlu menyumbang untuk menjadikan bajet 2020 adalah bajet surplus.
  8. Petronas sentiasa menyumbang sekurang-kurangnya RM30 billion dan BNM menymbang pada nilai minima RM3 billion. Melalui dua sumbangan ini sahaja, kekurangan bajet adalah RM0.48 billion. GLC lain perlu menyumbang dengan jumlah keseluruhan RM50 billion.
  9. Kelebihan sumbangan tersebut perlu digunakan untuk penyelesaian hutang negara. Jika semuanya berjalan lancar maka keseluruhan hutang negara sama ada hutang dimestik dan hutang luar akan dapat diselesaikan dalam masa 11 tahun.
  10. Penyelesaian hutang dalam masa 11 tahun atau pada tahun 2031 ini akan menjadi Malaysia sebagai negara tanpa bebanan dan dalam masa yang sama kadar inflasi akan kekal di bawah 3%. Jika anda mempunyai pandangan yang berbeza dengan data dan analisa yang berbeza, sila kemukakan pandangan anda.

1 comment:

IBU RISKA said...
This comment has been removed by a blog administrator.