Search This Blog

Wednesday, May 27, 2015

RMK11 - PANDANGAN SAYA 3


  1. Ada dua data yang sangat ingin saya ulas dalam penulisan saya kali ini. Data pertama adalah jumlah populasi, dan data kedua adalah KDNK per kapita. Kedua-dua data ini sangat memberi makna kepada kita hari ini supaya kita bukan sahaja dapat membayangkan masa depan, sebaliknya menyentuh masa hadapan melalui analisa data dari ini.
  2. Pertamanya saya ingin kaitkan data tersebut dengan teori B40. teori yang menyatakan bahawa 40% penduduk adalah miskin, 30% sederhana bawah, 20% sederhana atas dan 10% golongan atasan.
  3. Saya tidak akan menunjukkan menunjukkan cara pengiraan saya. Namun saya andaikan agihan ekonomi adalah sangat adil pada tahun 2020. Jika ini terjadi golongan miskin di Malaysia akan mempunyai purata pendapatan tahunan berjumlah RM34,298 atau RM2,858 sebulan. Jika, suami isteri bekerja, maka pendapatan bulanan purata adalah RMRM5,716.
  4. Bagi golongan sederhana bawah pula, purata pendapatan tahunan adalah RM45,833 atau RM3,819 atau RM7,639 bagi kedua-dua pasangan yang bekerja.
  5. Bagi golongan sederhana atas pula, purata pendapatan tahunan pula adalah RM68,750 atau RM5,729 sebulan atau RM11,458 bagi pasangan yang kedua-duanya bekerja.
  6. Tidak perlu kita cerita golongan atasan. Golongan ini selalunya tidak pernah merasi perubahan ekonomi. Saya hanya mengambil dua data, kemudian saya analisa dan proses data tersebut. Memang sekarang pun pendapatan saya telah melangkaui kesemua pendapan ini. Namun, RMK 11 bukan untuk saya seorang, sebaliknya untuk anak-anak dan cucu-cucu saya yang seterusnya.
  7. Saya lihat begini, jika anak anda lulusan universiti, beliau harus berada di golongan sederhana bawah untuk tempoh 3 tahun bekerja. Kemudian akan naik ke golongan sederhana atas. Untuk menjadi golongan atasan agak sukar, namun bukan mustahil.
  8. Sebaliknya lulusan sekolah sahaja mungkin akan kekal dalam golongan B40 sampai bila-bila. Ada masanya golongan B40 ini berjaya keluar daripada kepompong dan terus berada dalam golongan 10% atasan.
  9. Setiap negara ada golongan B40 ini. Mustahil golongan ini dihapuskan. Kemiskinan adalah relatif. Miskin di Malaysia pada tahun 2015 adalah kaya pada tahun 1970. Begitu juga kaya pada tahun 2015, mungkin miskin pada tahun 2020.
  10. Yang saya ingin katakan RMK-11 adalah langkah bijak kerajaan Malaysia untuk menaikkan garis kemiskinan sehinggakan golongan B40 pada tahun 2020 adalah golongan B10 di hampir 50% negara lain di dunia ini pada tahun 2020. Jadi, jangan kita pertikaikan data ini, sebaliknya ayuhlah kita menyokong kuat kerajaan ini supaya data-data ini dengan mudahnya boleh kita capai.

No comments: