Search This Blog

Sunday, June 21, 2015

POLYTIKUS BERKOPIAH USANG 4

Hari kedua pergambaran Lim King Day mahu mengubah scene. Mahu scene yang lebih ekstream. Scene fitnah. Scene untuk mengubah persepsi rakyat. Scene untuk terus membodohkan rakyat terutamanya penyokong kerajaan. Dalam scene ini Mohd Sabar tidak diperlukan. Lim King Day mahu watak lebih jahat.

Dalam watak ini Lim King Day mahu Ustaz yang mengutuk Melayu. Melayu yang akan menolak pejuang politik Islam ciptaan Lim King Day akan terbakar hangus dalam neraka. Lim King Day Mahu gabungkan Mat Jusuh, Lilian Vie dan Lim Pak Moi dalam babak ini.

“Hoi Jr, apa lu mikin maa. Haiyak ini bidak manyak bodoh. Halap celemin mata saje tenbal. Otak manyak nipis maa. Kasi ledi la semua.” Arah Lim King Day.

“Sin mana maa?” Tanya Lim King Day Jr.

“Itu sin 171, sin kasi panas punya maa.” Arah Lim King Day.

Lim King Day Jr mengarahkan semua pelakon bersedia. Lim Pak Moi dan Vivien Vie di pentas ciptaan Lim King Day. Sementara Mat Jusuh akan dating dari hadapan.

“Sin 171, tak one.” Jerit Lim King Day Jr.

“Eksen” Jerit ayahnya.

“Salam semua saya Ustazah Arbidah. Dulu saya artis. Alhamdullilah lepas masuk PASTI ni saya terus tutup aurat. Syukur pada Allah.” Jelas sekali Bahasa Melayu yang dibawa oleh Lim Pak Moi.
Sebagai Ustazah Arbidah, Lim Pak Moi bercakap persis seperti seorang artis yang benar-benar insaf. Sesekali siti Aminah lakonan Lilian Vie agak kaku. Bahasa Melayu Vivien Vie juga agak lemah. Namun kerana dia menantu Lim King Day, semua diam sahaja.


Mat Jusuh hanya mecelah sedikit sedikit. Yang penting Mat Jusuh berada di antara Lim pak Moi dan Vivien Vie. Bila berada dengan dua wanita kesayangan kedua-dua Lim ini, semua lakonan akan jadi nyata di mata sepet kedua-dua Lim ini.

Bersambung....

No comments: