“ Tuan-tuan semua. Apa yang kerajaan buat untuk kita orang
Islam dalam negara ni. Kerajaan buat kasino saja tuan-tuan. Lambakkan artis
macam kacang putih.” Mat Sabar terus masuk bab hentam sana, hentam sini.
“Menteri semua rasuah. Bayar duit semua boleh. Bagi sejuta
dua, bukan saja kasino, rumah pelacur pun kerajaan buat tuan-tuan.” Mat Sabar
tambah lagi panas dalam ceramahnya.
“Kita ni hidup sementara saja tuan-tuan. Mana tau esok lusa,
bawa kereta atas highway, bedebom ekseden dengan bas ekspress. Tak sempat bayar
tol…dah sampai batu dua.” Sambung Mohd Sabar disambut gelak ketawa hadirin.
Mohd Sabar faham watak Ust Sohor adalah watak ala-ala raja lawak.
Mohd Sabar
tahu orang Melayu suka lawak dan orang Melayu bukan bijak sangat. Pelawak pakai
kopiah sahaja akan dipanggil ustaz.
“ Kita ni bila mati Allah tak tanya dah apa yang kita buat
pada kita. Allah Tanya kat tangan kita. Allah Tanya ko main judi tak. Kita
jawab tak. Kita orang sokong parti agama, mana boleh main judi.” Sambung Mat
Sabar lagi.
“Lepas tu Allah Tanya, kamu undi sapa masa PRU. Kita jawab
kami undi parti yang bangunkan kasino.” Tegas Mat Sabar dengan nada agak sebak.
“Piappp Allah tibai. Tu dia. Tak main judi, tapi undi parti
yang buat kasino. Sama hukuman dia tuan-tuan. Kita nak ka yang macam tu.” Tegas
Mohd Sabar. Terus lancar Mohd Sabar beri ceramah. Maklumlah skrip disediakan
oleh Lim King Day.
Semua pelakon tambahan diam. Ada dua tiga yang seakan mahu
mencabar kandungan ceramah itu. Namun bila Lim King Day Jr jeling semua diam.
Tunduk tengok lantai. Macam patung. Macam batu.
Semua sedar mereka hanya
pelakon yang dibayar oleh Lim King Day. Makan mereka, minum mereka, dan pakai
mereka dibayar Lim King Day. Mereka hanya pepatung yang bermain wayang untuk
sesuap nasi. Demi nasi, maruah sanggup digadai dan dicalar.
Bersambung……
No comments:
Post a Comment