Search This Blog

Wednesday, June 24, 2015

POLYTIKUS BERKOPIAH USANG 6

“Saya sebagai Ketua Kampung ni akan tetap melaksanakan hudud dalam kampong ni.” Samad memulakan lakonannya.

“Hudud tu hukum Allah. Sapa kita ni nak lawan hokum Allah. Kafir tuan-tuan dan puan-puan.” Sambung Samad Lagi.

“Dalam hudud ni mudah tuan-tuan. Mencuri je potong tangan. Zina, kita sebat. Kalau dah kawin kita rejam dengan batu sampai mati. Habis semua orang takut nak buat salah. Tak perlu dah polis, tak perlu dah askar. Negara aman damai. Berapa banya negara boleh jimat.” Sambung Samad dalam lakonannya sebagai Ketua Kampung. 

Semua ekstra terpaku. Seperti melihat ceramah sebenar. Ada dua tiga orang yang angkat tangan nak Tanya. Samad buat endah tak endah sahaja. Takut juga Samad kalua-kalau ada soalan membunuh. Dia sekadar hafal semua skrip yang ditulis oleh Lim King Day.

“Tuan-tuan tau pasai apa Kerajaan yang zalim ni tak mau hudud?” Tanya Samad kepada semua ekstra. Ada dua tiga orang yang angkat tangan. Samad tak layan pun. Sebaliknya Samad terus berceramah seperti yang diarahkan oleh Lim King Day.

“Pasai depa semua pencuri. Habis semua duit rakyat depa curi. Kalau kita laksana hudud, tangan depa semua dulu yang kita potong.” Berderai ketawa ekstra mendengar lakonan Samad.

“Dah la mencuri, semua tu kaki zina. Bini orang ka, artis ka, pompuan jalang ka, habis semua depa lanyak.” Sambung Samad lagi. Memang skrip Lim King Day ekstream. 

Dia tahu kalua kena saman, Samad yang akan jawab. Dia hanya menulis skrip. Samad yang lakonkan. Jadi, yang akan sampai kepada rakyat adalah ucapan Samad, bukannya lakonan Samad ciptaan Lim King Day.


Samad pula tidak sedar hakikat tersebut. Dia adalah golongan kecewa yang hanya kaya dengan ilmu yang dikutip dari medan dan pentas ceramah PASTI. 

Jadilah Samad yang sangat bangga bila lakonan bodohnya dipercayai oleh ramai orang. Samad tidak sedar, yang mempercayai lakonannya juga sebenarnya lebih bodoh daripada dirinya. 

bersambung.....

No comments: