Search This Blog

Sunday, June 28, 2015

POLYTIKUS BERKOPIAH USANG 7

Hari ini tiada penggambaran. Lim King Day beri cuti kepada semua. Kepada ekstra, Lim King Day bayar RM50 walaupun cuti. Lim King Day panggil Mohd Sabar, Lebai Othman dan Samad Lebai Aziz. Lim King Day juga panggil anaknya Lim King Day Jr, tetapi menantunya Vivien Vie tak benarkan anaknya pergi. Vivien mahu Jr temankannya membeli belah di Mitsui.

“Mat, wa dengar lu punya tuan gulu mahu angkat hulud dalam dalam palimen? Ada mutut ka.” Tanya Lim King Day.

“Mutut boss.” Jawab Mohd Sabar.
“Mahaya maa sikalang kalua lu angkat hulud dalam palimen. Itu Melayu Parti sudah faham itu hulud metul-metul maa. Melayu Parti nanti mesti sokong maa.” Berkerut muka Lim King Day tanda kerisauan yang amat.

“Wa pun helan la, kami ini PASTI dalam sudah lama cakap hulud. Tapi solang pun talak faham. Hulud kami cakap sebab mau mikin olang Islam benci sama Melayu Parti maa.” Jawab Samad.
“Wa tau maa…” Sampok Lim King Day

“Itu kalau Melayu Parti sokong boleh lulus ka?” Tanya Lim King Day lagi.
“Mesti lulus maa. Lu kila la berapa banyak kerusi Melayu dalam ini negala maa.” Jawab Lebai Othman.

Lim King Day diam. Dia bermain dengan akalnya sendiri. Dia tahu, semua lebai yang ada depan matanya ini bukanlah bijak. Akal tidak setinggi mana. Yang tahu hanya menghentam. Strategi langsung kosong. Bercakap macam tong sahaja. Pong pang pong pang. Hanya angina yang keluar. Pokok pun tak bergoyang.

“Mat apa lu punya piker maa?” Duga Lim King Day.
“Wa kaa..?” Soal Mohd Sabar semula.
“Wa lasa lu kena lawan lu punya tuan gulu maa. Lu mikin tim. Kasi lawan tim tuan gulu.” Arah Lim King Day.

Mohd Sabar angguk. Dalam kepalanya dia sudah tercari-cari beberapa orang dungu untuk dimasukkan ke dalam pasukannya untuk menentang pasukan tuan guru. Dia yakin, dengan skrip dan bantuan ringgit Lim King Day, dia akan Berjaya mengalahkan pasukan tuan guru.


Bersambung…..

No comments: