Search This Blog

Tuesday, July 28, 2015

1MDB - APA DAN APA 2?


  1. Kita telah melihat falsafah, visi dan misi 1MDB. Ada pelbagai lagi persoalan tentang 1MDB. Persoalan ini menjadi isu utama yang boleh mengelirukan rakyat. Bahkan pemimpin juga terkeliru. Seterusnya, apabila pembangkang mengambil kesempatan, semua akan jadi lebih terkeliru.
  2. 1MDB bukan syarikat yang menguruskan kekayaan dalam bentuk saham terbitan. Sebaliknya 1MDB adalah syarikat yang akan membuat pembangunan strategik yang bukan sahaja berfokus kepada keuntungan 'tangible' sebaliknya turut menjana keuntungan dalam bentuk 'intangible'.
  3. Sebenarnya keseluruhan saham 1MDB sebagai syarikat dipegang oleh kerajaan. Ramai yang tidak tahun berapakah ekuiti atau saham berbayar 1MDB. Jawapannya adalah hanya RM1 juta. Bayangkan, sebuah syarikat yang akan menjana pembangunan strategik negara hanya mempunyai saham berbayar bernilai RM1 juta. Cabaran untuk pelaburan pastinya satu mimpi ngeri untuk barisan lembaga pengarahnya.
  4. Jelas, 1MDB tidak melabur dengan penggunakan ekutinya. Bajet RM1 juta hanya cukup untuk membuat tandas awam. Kreativiti lembaga pengarah di sini sangat hebat. Saya kagumi dan saya rendahkan diri saya untuk menghormati semua keputusan yang dibuat.
  5. Dengan modal RM1 juta, 1MDB berjaya mendapatkan tanah seluas 70 ekar di Kuala Lumpur. Kawasan tersebut akan dibangunkan dan dikenali sebagai Tun Razak Exchange atau TRX. TRX akan dijadikan pusat pembangunan kewangan bertaraf antarabangsa dan jaraknya hanya 5 minit dari KLCC.
  6. TRX setelah siap akan menjadi tumpuan kepada semua syarikat kewangan di dunia untuk membangunkan HQ untuk Asia-Pacific mereka. Kebanyakan bank telah pun mempunyai perancangan untuk memindahkan HQ tersebut dari Singapura ke TRX. Saya sangat hairan kenapa TRX menjadi isu. Pada masa sekarang nilai TRX ini dianggarkan sekitar RM57 billion.
  7. Kita sebenarnya tidak tahu, 1MDB sebenarnya telah berjaya membangunkan 15 'power plant' di 5 negara. Kesemua 5 power plant tersebut berkapasiti menjana 5594 Mwatt elektrik. Ini menjadikan 1MDB pengeluar elektrik kedua terbesar selepas TNB. Kedudukan ini mampu menyingkirkan semua pembekal tenaga swasta kepada TNB serta merta. 
  8. Berdasarkan perancangannya, apabila semua kontrak pembekal tenaga ini tamat, 1MDB akan membekalkan tenaga dengan kadar yang lebih murah kepada TNB. Jangkaan saya, tarif eletrik akan berkurang atau sekurang-kurangnya kekal sehingga 2020 dengan perancangan strategik 1MDB ini.
  9. Dalam pembangunan real estate, 1MDB tidak kurang hebatnya. Untuk menseimbangkan ratio Bumiputera Vs Bukan Bumiputera, syarikat ini telah membangunkan Lapangan Terbang Lama Sungai Besi sebagai kawasan penempatan paling moden di dunia. Dijangkakan 60% daripada hartanah ini akan diperuntukkan kepada Bumiputera dan tidak akan ada satu lot hartanah pun yang akan dijual kepada warga asing.
  10. Saya nampak kehebatan 1MDB. Saya percaya, rakyat Malaysia nampak 1MDB sebagai liabiliti negara. Saya akan menulis lagi mengenai 1MDB. Saya mahu semua pembaca mendapat fakta sebenar mengenai 1MDB. Kemudia kita sama-sama menilai 1MDB. 

No comments: