Search This Blog

Monday, August 3, 2015

1MDB - APA DAN APA 3


  1. Pada tahun 2009, 1MDB dan sebuah konglomerat Arab Saudi telah bekerjasama untuk membangunkan sebuah empayar perniagaan rasaksa yang bakal menjana keuntungan dalam jangka masa 5 tahun. Kalau kita lihat, dalam usia satu tahun 1MDB telah berjaya meyakinkan syarikat konglomerat Arab Saudi untuk menjadi rakan korporatnya yang utama.
  2. Isunya adakah pelaburan tersebut berhasil? Jumlah pelaburan yang digunakan adalah USD2.318 billion. Jumlah ini didapati melalui pinjaman jangka panjang. Pinjaman tersebut sebenarnya telah diselesaikan sepenuhnya. 
  3. Pada pengakhiran tahun 2013, keuntungan yang diperolehi melalui projek tersebut adalah bernilai USD488 juta. Rekod ini disahkan oleh rakan pelaburan 1MDB di Arab Saudi. Nilai ini adalah bersamaan dengan RM1.8 billion ketika itu. Satu jumlah yang saya kira cukup besar.
  4. Nilai ini adalah bersamaan dengan keuntungan tahunan yang bernilai RM361.12 juta ataupun keuntungan bulanan yang bernilai RM30.1 juta. Dalam kata mudah 1MDB berjaya menjana keuntungan RM1 juta sehari sejak ditubuhkan pada tahun 2008 melalui hanya satu projek usahasama.
  5. Perlu kita ingat, modal asal 1MDB ketika ditubuhkan hanyalah RM1 juta. Hanya selepas 5 tahun, 1MDB berjaya menghasilkan keuntungan dengan nilai yang sama dalam kiraan harian. Ertinya wang negara yang digunakan telah dibayar bukan sahaja dengan jumlah yang berganda, sebaliknya dengan nilai kebijaksanaan yang utama.
  6. Mungkin ada yang hairan dimanakah wang yang begitu banyak disimpan? Jawapannya adalah ditempat yang kadar matawangnya begitu kukuh, nilai faedah tinggi,  dan sukar diganggu oleh penyagak matawang. Pastilah tempat itu bukan Malaysia. Di Malaysia, hampir semua maklumat boleh dobocorkan kepada pembangkang.
  7. Pada saya selaku blogger bebas, mendapat maklumat tidak salah. Tetapi kepada sesetengah blogger, maklumat adalah peluang untuk dimanipulasikan untuk mengubah minda dan persepsi rakyat.
  8. 1MDB juga sedar akan ancaman ini. Sebuah anak syarikat ditubuhkan dan dimanahkan untuk mengawalselia wang ini. Keputusan dibuat untuk menyimpan wang tersebut di Caymen Island. Keputusan ini adalah berdasarkan caymen Financial Authority diiktiraf sebagai terbaik di dunia.
  9. Rekod juga menunjukkan hampir 200 syarikat konglomerat terbaik Malaysia dan puluhan ribu syarikat konglomerat terbaik dunia meletakkan wang mereka di sini. Keputusan ini adalah satu keputusan tepat. 
  10. Saya dah nyatakan beberapa perkara yang saya rasa perlu diberitahu kepada pembaca blog ini. Semua perkara yang saya beritahu adalah tepat. Saya sangat percaya, dalam keadaan ekonomi dunia sekarang, negara perlukan rakyat yang bijak. Rakyat yang bijak hanya akan merujuk kepada data dan fakta yag tepat.
Bersambung...

No comments: