Search This Blog

Wednesday, August 26, 2015

LEADER Vs HERO 2


  1. Semalam saya tutup bicara saya dengan menerangkan peratus kesilapan kita dalam membuat pilihan apabila pilihan tersebut dihadkan. Ini telah pun berlaku. Kita boleh lihat kesannya. Demonstrasi sana-sini. Maka, semuanya hampir tergugat. Kegiatan ekonomi, persepsi dunia dan perpaduan sekalipun telahpun tergugat.
  2. Hari ini saya akan mulakan pembacaan anda dengan kisah Robin Hood. Robin Hood berjaya membawa beribu-ribu orang untuk sama-sama beliau menjadi perompak. Harta rompakan tersebut dibahagikan sama rata. 
  3. Robin Hood dan kumpulannya pula akan tinggal di hutan. Jauh dari sebarang penguatkuasa undang-undang. Dalam hutan tersebut pula tidak ada sebarang undang-undang yang dikuatkuasakan. Semuanya bebas melakukan apa sahaja.
  4. Mesti pembaca semua bertanya bukan..apa kena mengena Robin Hood dengan Malaysia. Jawapannya tidak ada kena secara langsung jika anda tidak pernah berfikir. Jika anda berfikir segalanya akan saling berkait.
  5. Robin Hood setelah mati, maka segala operasinya dan modus operandinya mati begitu sahaja. Orang-orang yang mengikutinya terbiar seperti anak ayam kematian ibu. Mereka mengakhiri kehidupan dengan penderitaan. Cerita pun tamat.
  6. Pembaca sekalian, Robin Hood adalah hero. Hero hanya pembentuk segolongan peminat. Peminat hero akan sentiasa membenarkan segala tingkalaku hero. Pada peminat, hero adalah segala-galanya.
  7. Orang yang menjadi peminat hero tidak akan berfikir. Malah, mereka tidak akan pernah berfikir. Hero merompak, mereka akan merompak. hero berdemonstrasi, mereka akan berdemonstrasi.
  8. Hero akan sentiasa bercakap manis. Di mulut hero hanya akan ada perjuangan. Cara perjuangannya juga mudah. Gulingkan. Ertinya, hero juga tidak pernah gunakan akal beliau.
  9. Kenapa merompak? Sebabnya merompak adalah jalan yang paling mudah. Datang ketika malam gelap. Rampas semua harta. Bahagikan sama rata. Mudah kan. Pembaca semua, tolong nyatakan kepada saya, agama mana yang membenarkan kita merompak?
  10. Robin Hood bukan satu-satunya hero di dunia. Setiap era akan ada heronya. Setiap negara akan ada heronya. Jawapannya mudah, akan ada sekumpulan manusia yang terlupa untuk menggunakan akal akan menjadi peminat kumpulan yang dipanggil hero ini. Negara kita pun ada hero kan...apakah anda salah seorang peminat hero di negara kita dalam era ini. Jika ya...hehehehe
Bersambung.....

No comments: