Search This Blog

Thursday, August 27, 2015

LEADER Vs HERO 3


  1. Jika Robin Hood dianggap hero yang sangat berjaya pasti Robin Hood akan mempunyai peminat yang ramai. Peminat selalunya fanatik. Peminat akan menghalalkan semua cara yang dilakukan oleh Hero mereka.
  2. Soalan saya adalah apakah Robin Hood mampu menggantikan King Aurthur? Tidak bukan. Orang lain yang perlu penggantikan raja tersebut. Robin Hood mempunyai macainya yang sangat setia seperti Little John. 
  3. Little John hanya gagah apabila ada Robin Hood. Tanpa Robin Hood, Little John akan menjadi bangkai bernyawa atau sigagah tanpa semangat. Itu membuktikan pada semua Hero akan ada peminat yang paling fanatik.
  4. Seandainya saya memberhentikan penulisan saya di sini apakah pembaca semua telah mula boleh berfikir. Boleh meramalkan apa yang akan saya tulis pada para 5 hingga para 10. Jika anda boleh, maka anda sebenarnya telah mula menggunakan fikiran anda. Tahniah. Teruskan mengikuti dan membaca penulisan dalam blog ini.
  5. Kenapa Robin Hood hanya berkampung di dalam hutan? Lama beliau dan peminat beliau berada di dalam hutan, namun tidak ada sebarang kemajuan yang dibangunkan di dalam hutan tersebut. Malah, hutan tersebut terus menjadi perkampungan bebas tanpa sebarang peraturan.
  6. Pada sesetengah orang, tanpa sebarang peraturan adalah kebebasan yang hakiki. Ramai manusia yang mengimpikan kebebasan yang begini. Bebas melakukan apa sahaja. 
  7. Pasti juga ada yang tidak suka. Selain kita bebas melakukan apa sahaja, orang lain juga akan bebas melakukan apa sahaja. Akibatnya, mereka mungkin bebas melakukan apa sahaja kepada kita. 
  8. Apabila semua orang bebas melakukan apa sahaja, apa bezanya di antara kita dengan monyet, harimau, khinzir, anjing, dan segala macam penghuni hutan yang lain. Binatang mungkin boleh diterima kerana binatang tidak dianugerahi akal. Jika kita menyamakan taraf kita dengan binatang, kita sebenarnya menggadaikan ciri istimewa manusia yang dianugerahi pencipta.
  9. Di peringkat ini sebenarnya hero akan terperangkap. Memerintah negara tidak semudah memerintah sebuah hutan terlarang. Robin Hood juga terperangkap di sini. Hutan yang dulunya menjadi kebanggaan peminatnya mula bertukar menjadi sebuah medan kesengsaraan. 
  10. Hero akhirnya memilih untuk melarikan diri. Tinggallah peminatnya menanti kehadiran hero yang lain. Peminat hero telah sekian lama ditumpulkan fikiran mereka. Maka, paling bijak pun mereka akan terus menanti hero lain sebagai pengganti. Hero yang dinanti sebenarnya adalah hero yang juga tidak mampu menggunakan akalnya pada tahap yang optima. SAYA PERCAYA ANDA BUKAN SEORANG PEMINAT HERO.
Bersambung....

No comments: