Search This Blog

Sunday, November 15, 2015

DUNIA BARU 2


  1. Dua bulan berada dalam organisasi ini pelbagai cabaran menarik yang perlu saya lalui. Saya hanya melihat potensi untuk menjadikan cabaran menarik. Semakin kita mendapat ruang, semakin banyak kita buka peluang.
  2. Banyak rakan saya yang sentiasa suka memberikan pendapat untuk melakukan perubahan itu dan ini. Itu tidak betul, sepatutnya ini. Ubahlah perkara itu, dan pelbagai komen dan cadangan lain.
  3. Saya perlukan cadangan dan maklumbalas. Saya sangat percaya cadangan itu penting sekalipun cadangan itu bunyinya sangat bodoh. Banyak benda besar di dunia dihasilkan melalui cadangan dan soalan yang bodoh.
  4. Ketika Hendry Ford mencipta kereta, soalanya adalah bagaimana untuk bergerak pantas tanpa ditarik oleh kuda. Ketika itu bodoh. Malah kereta pertama yang dicipta hanya berkelajuan 5 batu sejam. 
  5. Hari ini kereta menjadi keperluan dan bukan lagi kemewahan. Setiap rumah ada lebih daripada sebuah kereta. Kereta sering bertukar rekabentuk dan kuasa. Semakin hari kereta semakin laju. Malah, kereta membuatkan kuda tidak lagi berlari.
  6. Sama seperti saya saya hargai semua cadangan dan komen. Ada cadangan yang kelihatan remah. Ada yang kelihatan terlalu besar. Itu bukan ukuran. Kedua-duanya adalah sebuah cadangan.
  7. Tugas saya mendengar cadangan. Mendengar dan kemudiannya menilai cadangan tersebut. Analisis dan matriks dengan kemampuan organisasi. Maka, saya akan memilih cadangan yang terbaik dalam masa yang paling sesuai.
  8. Cadangan yang tidak saya pilih bukan beerti saya buang ke dalam tong sampah. Saya akan simpan cadangan tersebut. Bila masanya sesuai, cadangan tersebut akan dilaksanakan.
  9. Bayangkan dalam masa sehari saya mendapat 5 cadangan. Dalam masa sebulan, saya mendapat beratus cadangan. Mustahil untuk membuat beratus perubahan dalam masa dua bulan. Namun adalah tidak mustahil untuk melaksanakan satu cadangan setiap bulan.
  10. Sekali lagi saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan ke atas semua cadangan yang diberikankan kepada saya. Terus menjadi penonton dan pendengar organisasi saya. Anda akan tahu, bila cadangan anda dilaksanakan.

No comments: