Search This Blog

Wednesday, March 2, 2016

MASYARAKAT MEDIA BARU


  1. Semenjak saya menyertai organisasi ini pada 15/09/2015 saya begitu komited untuk membawa transformasi dalam organisasi ini. Bukanlah maksud saya, organisasi ini tidak mempunyai produktiviti, sebaliknya kita perlu terus berubah untuk kekal relevan.
  2. Sebagai sebuah organisasi penyiaran, radio dan TV sahaja tidak mencukupi. Dalam letusan dunia digital, media baru muncul sebagai pesaing yang tidak pernah mengambilkira soal keuntungan.
  3. Berbezanya hanya satu, pengamal media baru ini mempunyai nilai etika penyiaran yang rendah. Namun, saluran media baru ini mempunyai pengikut yang ramai. Akaun fb seorang cybertrooper upahan parti politik sahaja ada yang mempunyai pengikut lebih 100,000 orang.
  4. Bayangkanlah bagaimana sesuatu info itu boleh diputarbelit dan tersebar dalam masa satu jam. Fenomena ini mewujudkan budaya viral. Viral pula mampu mengubah persepsi manusia terhadap sesuatu pokok persoalan.
  5. Politik menjadi semakin radikal dalam media baru. Ubahsuai gambar, memasukkan kata-kata fitnah pada gambar, dan sebagainya menjadi semakin dipercayai oleh masyarakat dunia baru. Ini mewujudkan masyarakat yang kurang berilmu.
  6. Semakin hari, media baru semakin menyebarkan informasi yang salah. Masyarakat media baru pula begitu ghairah berkongsi semua informasi tersebut. Akibatnya, saban hari kita hanya merakamkan informasi salah dalam minda kita.
  7. Ramai yang sangat percaya informasi yang diperolehi daripada facebook. Kita lupa, semua informasi daripada facebook datangnya daripada rakan-rakan fb kita. Kita pula hanya memilih dan selalunya membataskan rakan-rakan kita.
  8. FB menjadi semacam warung bawah pokok di kampung pasir bedengung. Semua boleh dibincang. satu kumpulan manusia yang sama level berbincang perkara menarik bagi kumpulan itu sahaja. Peliknya, informasi tersebut dikongsi dan menjadi viral.
  9. Apakah kita pernah berkawan dengan orang yang tidak sealiran dengan kita. Jika kita PAS kita berkawan dengan orang UMNO dalam Fb. Maka, kita akan dapat dua cerita berbeza bagi isu yang sama. Apa yang akan kita dapat...kita akan gerakkan otak kita untuk berfikir.
  10. Ini jarang berlaku....jadi jom lakukannya.

No comments: