Search This Blog

Sunday, March 26, 2017

TN50: APA DAN APA?


  1. Sebelum saya ingin menulis tentang TN50, saya mahu kita imbau zaman 30 tahun sebelum tahun 2020. Kalau kita imbau kembali tahun tersebut adalah tahun 1990. 
  2. Apa yang kita ada pada tahun 1990? Ketika itu kita hanya ada beberapa buah universiti awam dan universiti swasta sangat sedikit. Mercutanda sedang giat dibina. Ingatkah anda pada kekalutan perpindahan lapangan terbang subang ke KLIA. Ramai malah sangat ramai rakyat Malaysia yang bersungut.
  3. Pusat pentadbiran kerajaan pula berterabur di seluruh pelosok KL. Ada di Jalan Duta, Di Bukit Aman, malah hingga ke Hulu Kelang. Satu urusan memerlukan rakyat habiskan masa seminggu untuk ke pejabat kerajaan demi pejabat kerajaan.
  4. Apabila Putrajaya mula dibangunkan, seperti biasa mesti ada suara yang meracun pemikiran rakyat. Satu pembaziran, akan kami jual, akan kami gadai, tempat jin bertendang dan sebagainya. Namun akhirnya Putrajaya bangun juga.
  5. Lebuhraya ketika itu hanya ada PLUS. Perhubungan ada masanya tersangkut juga. Kerana itu proses perbandaran menjadi lambat walaupun ekonomi berkembang sebanyak 7% selama 7 tahun lebih. 
  6. Komuter baru diperkenalkan dan komuter ketika itu sangat perlahan. Sebagai alternatif di KL disediakan jalan khas untuk untuk bas awam. Sekali lagi ramai yang memekak. Pembaziran ruang jalanraya, bas kroni dan sebagainya. Maka usaha memodenkan pengangkutan awampun terbantut.
  7. Internet ketika itu menggunakan dial-up sistem. Untuk mendapat capaian memerlukan 10 kali cubaan. Malah Internet sangat perlahan. Tidak ada seorang pun yang merasakan kepentingan Internet. Namun kerajaan terus juga membangunkan Internet.
  8. Handphone...hanya orang kaya sahaja yanag memilikinya. Itupun sistem ATUR. Harga handphone ketika itu sama mahal dengan harga kereta MYVI secondhand sekarang. Handphone pula hanya untuk bercakap. Sebagai alternatif, sistem Kelui (Paging) dibuat. Maka ramailah yang melekatkan alat paging di pinggang mereka.
  9. Kereta mewah kalau ada pun Mercedes Benz 230E. Itupun sudah kaya. Selebihnya hanya membeli proton saya dan Iswara. Itupun dah kira berjaya. Superbike boleh dikira. Harley boleh nampak sebulan sekali. Itupun di KL. Kalau di Jelebu memang tak nampak langsung ketika itu.
  10. Dan ketika itulah Wawasan 2020 dengan 9 cabaran diperkenalkan. Hanya lagi tahun untuk cabaran itu dicapai. Apakah anda semua raya Wawasan 2020 akan dicapai? Nanti saya akan menulis lagi. 

1 comment:

kalebqualman said...

Harrah's Casino Resort - Mapyro
777 Harrah's Rincon Way Rincon, 세종특별자치 출장안마 92082. Get Directions · (760) 경기도 출장샵 853-4700 · Toll 청주 출장안마 Free: 남원 출장샵 853-4700 · Website 강원도 출장샵 Map · Map. Rating: 3 · ‎10 reviews