Search This Blog

Sunday, March 19, 2017

PENJAWAT AWAM DI MALAYSIA : AKHIR


  1. Pada saya bukan bilangan yang menjadi masalah. Seandainya 1.6 juta penjawat awam ini masih gagal memberikan perkhidmatan seperti yang diharapkan oleh rakyat, maka beberapa langkah transformasi perlu diambil.
  2. Saya cadangkan transformasi pertama adalah pentakrifkan semula definisi penjawat awam. Kerajaan perlu berani mentakrifkan dan membezakan di antara 'civil service' dan 'public service'.
  3. Hanya civil service perlu diambilkira sebagai penjawat awam. Bagi perkhidmatan yang amat diperlukan seperti guru, tentera, polis dan pekerja sektor kesihatan, golongan ini perlu dikeluarkan sebagai penjawat awam.
  4. Sistem saraan golongan ini perlu dipisahkan tetapi kesemua yang ada ketika ini perlu dikekalkan. Ada baiknya golongan ini diserahkan kepada Kerajaan Negeri, dengan peruntukan mengurus mereka sedikit demi sedikit diberikan kepada Kerajaan Negeri.
  5. Andaikata negeri tersebut gagal untuk mengurus golongan ini, maka kerajaan pusat perlu menambah hutang negeri tersebut. Akhirnya kita akan dapati kos sebenar yang perlu dibiayai oleh sesebuah kerajaan negeri.
  6. Saya juga mencadangkan kebinet menentukan agensi kerajaan yang boleh diswastakan sepenuhnya. Ketika ini, kerajaan dalam peringkat akhir untuk menswastakan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Disebabkan arahan ini datangnya daripada kabinet, maka saya amat yakin proses penswastaan ini akan menjadi mudah.
  7. Kerajaan juga haru berani mencadangkan beberapa buah agensi lain seperti RTM, JPJ, dan agensi yang mampu menjana pendapatan kepada negara untuk diswastakan sepenuhnya. Seandainya penswastaan ini berjaya dilakukan, banyak yang boleh dijimatkan oleh kerajaan.
  8. Secara jujurnya, saya percaya bukan hanya RTM dan JPJ, malah JKR, JPS, malah beberapa buah Majlis Perbandaran juga boleh diswastakan.
  9. Penswastaan ini akan meningkatkan efisiensi agensi berkenaan. Pungutan hasil yang sepatutnya akan bertambah. Malah, kerajaan akan berjaya meningkatkan hasil negara dalam jangka masa yang sederhana.
  10. Kejayaan kerajaan menswastakan beberapa buah agensi dahulu seperti TNB, JBA dan telekom sepatutnya digerakkan semula. Saya amat percaya, semakin maju negara, semakin negara memerlukan agensi yang berkeupayaan tinggi. 
Artikel akan datang : TN50: APA DAN APA?

No comments: