Search This Blog

Sunday, December 23, 2018

BELAJAR DARI PERCUTIAN


  1. Setiap tahun saya dan keluarga akan bercuti ke luar negara. Bukan kerana saya kaya tetapi saya merancang untuk percutian keluarga. Amalan ini saya mulakan mulai 2010. Selalunya saya bercuti tanpa menggunakan travel agen. Saya akan membaca beberapa blog mengenai tempat tersebut, copy dan ubahsuai berdasarkan kemampuan kewangan saya.
  2. Tahun ini kami sekeluarga memilih untuk untuk ke New Zealand. Agak jauh. Berdasarkan pembacaan, NZ bukan sekadar tempat yang indah, lebih penting untuk saya melihat sikap rakyat NZ itu sendiri.
  3. Dari KLIA kami ke Auckland. Transfer ke Christchurch. Sewa kereta dan merayau ke seluruh pulau selatan. bertolah 20/11 dan balik semula melalui Queentown pada 10/12. Fokus penulisan saya bukan kepada pemandangan, sebaliknya pada sikap dan budaya di NZ.
  4. Pertama adalah sangat mudah menyewa kereta. Saya sewa Toyota MPV. Sewa di Cristchurch. Masa dapat minyak penuh. Bersih. Wang tahanan NZD200. Tak boleh merokok dalam kereta. Semua boleh memandu. Hanya perlu beri nama dan butiran lesen memandu Malaysia.
  5. Keduanya saling percaya mempercayai. Ketika saya pulangkan kereta di Queenstown. Kereta hanya diletakkan di kawasan pemulangan. Tiada sesiapapun yang periksa. Kunci kereta hanya dropkan dalam drop box key return. Minyak saya penuhkan semula. Tiga hari kemudian wang tahanan saya dipulangkan. 
  6. Ketiganya polis yang berbudi bicara. Ketika anak sulung saya memandu melepasi satu bandar kecil yang hanya ada 4 buah kedai, speed limit tidak dipatuhi. Polis kejar. Kami berhenti di tepi jalan. Terangkan kenapa tak patuh. Dilepaskan dengan pesanan yang sangat positif.
  7. Keempatnya pengurusan saman. Saya disaman NZD42 kerana parking lebih had masa. Hari ahad. Kaunter saman tutup. Saya diarahkan ke perpustakaan untuk bayar saman. Saya minta kurang. Diberi. Saya bayar. Peliknya ramai orang yang bayar saman pada hari yang sama. Sangat mudah.
  8. Kelima tentang kebersihan. Sangat bersih. Dalam kenderaan semua orang akan ada plastik tempat meletak sampah. Sampai sahaja ke tong sampah, semua buang sampah di situ. Peliknya, tiada satu pun tong sampah yang melimpah ruah.
  9. Keenam pertauran merokok. Merokok tidak dibenarkan dalam banggunan dan dalam kenderaan. Yang bagusnya tempat merokok sangat banyak dan bersih. Tidak ada puntung rokok yang bersepah-sepah. Rokok sangat mahal. RM89 sekotak untuk Dunhill 20 batang. Tanpa passport tak kira berapa usia anda, rokok tidak akan dijual. Rokok jual tidak dijual merata-rata. 
  10. Ketujuh adalah kemudahan wifi. Ada di merata-rata. Percuma. Tak pernah perlahan. Cumanya semua mesti berdaftar untuk tempoh 24 jam. Tamat tempoh perlu daftar semula. 
Bersambung....

No comments: